Bercuti di PI1M - Siri 2

27 December 2015 | Berita Terkini

27 Disember 2015 - Pada 23 Disember 2015 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Ayer Hitam telah menjalankan satu aktiviti iaitu Bercuti Di PI1M Siri 2. Aktiviti ini kesinambungan daripada aktiviti Bercuti Di PI1M yang telah dijalankan pada awal bulan yang lalu. Objektif dan tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengisi masa cuti pelajar-pelajar (ahli PI1M) dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama ahli dan juga mengeratkan kerjasama ahli dan petugas PI1M selain mempromosikan PI1M kepada komuniti. Antara aktiviti yang dijalankan pada kali ini ialah, Pertandingan Teka Silang Kata dan juga Kuiz. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian dan peserta ini diberikan kumpulan dengan setiap kumpulan seramai 2 orang sahaja. Pasangan peserta ini akan bersama-sama menyiapkan Teka Silang Kata Online dan juga menjawap Kuiz berkaitan PI1M. Sebelum aktiviti ini bermula, para peserta diberi sedikit Taklimat Klik Dengan Bijak iaitu taklimat mengenai panduan mengunakan internet dengan bijak dan selamat. Aktiviti ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

 

 



Untuk pertandingan Teka Silang Kata, para peserta dikehendaki mencari jawapan dengan menggunakan enjin carian Google di internet, ini kerana jawapan tersebut boleh didapati di internet, dan secara tidak langsung para peserta didedahkan bagaimana untuk mencari maklumat di internet. Manakala untuk pertandingan Kuiz, soalan-soalan yang diberikan adalah berkaitan PI1M seperti objektif dan tujuan PI1M ditubuhkan, masa operasi PI1M, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PI1M serta soalan tambahan berkaitan petugas-petugas PI1M. Para peserta memberikan kerjasama dan penglibatan yang sangat menggalakkan, mereka berasa sangat seronok dan memberikan saingan yang sangat kompetitif untuk menyiapkan tugasan mereka.

 

 

 


Pemenang bagi pertandingan Teka Silang Kata ialah :

Tempat Pertama : Pasangan Aidid Irfan dan Ahmad Sahid

Tempat Kedua    : Pasangan Mohamad Izham dan Izzat Hanif

Tempat Ketiga    : Pasangan Nazirul Ammar dan Ahmad Haziq

 

Pemenang bagi pertandingan Kuiz pula ialah :

Tempat Pertama : Pasangan Aizat Azri dan Wan Hamdan

Tempat Kedua    : Pasangan Abdul Alif dan Naim

Tempat Ketiga    : Pasangan Muhd Nazri dan Amirul Zulkarnain