Berita & Aktiviti Terkini

Profil Usahawan : Encik Zulkafeli bin Mohd Nor (Usahawan Ayam Mentah)

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Zulkafeli bin Mohd Nor Pekerjaan : Berniaga Umur:  56 tahun Alamat Perniagaan : Bersebelahan Shakri Mini Market, Kg Gong Kepas, Besut, Terengganu   Encik Zulkafeli bin Mohd Nor merupakan salah seorang usahawan di Kampung Gong Kepas yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan menjual ayam dan bahan mentah lain yang diusahakan bersama isterinya Pn Noraini. Kedai En Zulkafeli turut menawarkan pelbagai jenis sayuran, buah, mee, sos dan juga rempah-ratus. Lokasi kedai beliau adalah sangat strategik iaitu berdekatan dengan Shakri Mini Market dan di tepi laluan utama dari Jerteh ke Kampung Raja. Selain dari lokasi yang strategic,... read more

Profil Usahawan : Puan Siti Mardiana binti Musa (Usahawan Pizza Islam)

14 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Siti Mardiana binti Musa Pekerjaan : Berniaga Umur:  40 tahun Alamat Perniagaan : Berhadapan Pasaraya SUPERMAS, Kg Gong Kepas, Besut, Terengganu   Puan Siti Mardiana binti Musa merupakan salah seorang usahawan di Kampung Gong Kepas yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan menjual pizza berkonsepkan food truck yang diusahakan bersama suaminya En Halim bin Jaafar. En Halim menawarkan produk minuman Ice Blended & Bubble Tea manakala Pn Siti Mardiana menawakan produk Pizza Islam. Food truck beliau terletak di lokasi yang amat strategik iaitu berdekatan dengan Pasaraya Supermas dan kawasan perumahan Taman D’Lahar. Food truck Pn Siti... read more

Profil Usahawan : Fatin binti Jusoh (Usahawan Kosmetik)

28 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

  Nama : Nor Fatin Binti Jusoh Pekerjaan :  Berniaga Umur : 23 Tahun Alamat Premis : Alor Lintang berhadapan Sekolah Tengku Mahmud II   Fatin merupakan usahawan muda di Kg Gong Kepas dan beliau menjalankan perniagaan kosmetik. Perniagaan beliau dinamakan sebagai “Fatin Beauty Shop”. Beliau membuka perniagaan kosmetik yang pada masa kini mendapat permintaan tinggi terutama golongan remaja dan wanita yang sangat mementingkan kecantikan. Selain itu, Fatin juga berniaga melalui laman sosial facebook, Instagram, wechat & whatsapp yang mana ianya mudah dan tidak mengenakan sebarang cas pengiklanan. Fatin juga membuat perniagaan secara online dimana pelanggan bukan... read more

Profil Usahawan : Encik Halim bin Jaafar (Usahawan Ice Blended & Bubble Tea)

21 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Halim bin Jaafar Pekerjaan : Berniaga Umur:  46 tahun Alamat Perniagaan : Berhadapan Pasaraya SUPERMAS, Kg Gong Kepas, Besut, Terengganu   Encik Halim bin Jaafar merupakan salah seorang usahawan di Kampung Gong Kepas yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan menjual minuman ice blended dan bubble tea berkonsepkan food truck. Food truck beliau terletak di lokasi yang amat strategik iaitu berdekatan dengan Pasaraya Supermas dan kawasan perumahan Taman D’Lahar. Food truck Encik Halim menawarkan pelabagai perisa minuman ice blended dari harga RM 2.00 – RM 6.00. Antara perisa yang digemari ramai ialah Green Tea. Menurut beliau, konsep... read more

Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kampung Gong Kepas

31 March 2016 | Berita Terkini

26 Mac 2016 (Sabtu) – Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Gong Kepas telah mengadakan satu majlis perasmian. Majlis ini bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dan dihadiri hamper 300 orang. Pelbagai aktiviti yang antaranya ialah senaman aerobic, pertandingan mewarna, pertandingan mumia,  pertandingan puzzle, pertandingan dam ular gergasi, aktiviti advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), cabutan bertuah, teka bilangan gula –gula dan biji betik. Selain pada itu, aktiviti pemeriksaan percuma anjuran KOSPEN turut berjalan. Majlis perasmian ini pada dijadualkan dirasmikan oleh Yang Berhormat Mohd Mahadi bin... read more

KDB Indoor Games Competition

26 December 2016 | Berita Terkini

24 Disember 2016 (Sabtu) – Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong Kepas telah mengadakan KDB Indoor Games Competition. Aktiviti ini melibatkan komuniti sekitar Pi1M khususnya ahli dengan fokus utama murid dan pelajar sekolah yang sedang bercuti. Pengisian aktiviti bersama peserta bertemakan indoor games yang diselitkan dengan penggunaan ICT untuk merekod markah untuk menentukan pemenang dan sebagai paparan peraturan pertandingan.  Pihak Pi1M Gong Kepas juga mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Antara aktiviti permainan yang dijalankan ialah teka jumlah biji kacang, dam ular gergasi serta online education games... read more

Easy Do It Yourself (DIY) Crafts

28 December 2016 | Berita Terkini

                                                                        14 Dis 2016 (Rabu) – Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Gong Kepas telah menjalankan Program membuat kraf menggunakan 'ice-cream sticks' atau batang ais krim bersama ahli PI1M. Program ini bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Program ini melibatkan komuniti sekitar Pi1M khususnya ahli dengan fokus utama murid dan pelajar sekolah yang sedang bercuti. Program... read more

Success Story : CELIK IT - Nur Maisarah binti Zakaria

21 November 2016 | Kisah Kejayaan

Nur Maisarah binti Zakaria atau lebih dikenali sebagai Sarah merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2 yang berasal Kg Gong Kepas. Sarah adalah antara ahli Pi1M  Kg Gong Kepas yang paling awal dan sentiasa aktif dalam mengikuti program serta latihan ICT yang dijalankan oleh Pi1M. Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti Pi1M, Sarah mempunyai kemahiran asas tentang ICT yang terhad kepada apa yang dipelajari di sekolah. Dengan kemudahan prasarana terkini seperti komputer dan internet berkelajuan tinggi yang disediakan di Pi1M, Sarah telah mengikuti pelbagai kelas ICT yang... read more

Program KOSPEN bersama J3K & Pi1M Gong Kepas

14 November 2016 | Berita Terkini

05 November 2016 (Sabtu) – Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (J3K) Gong Kepas dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong Kepas telah Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) bersama J3K & Pi1M Gong Kepas. Program bermula jam 8.30 pagi sehinggan 12.30 tengahari. Program yang diadakan khusus untuk komuniti Kg Gong Kepas bertujuan untuk mempromosikan dan menggalakkan gaya hidup sihat serta untuk mengeratkan hubungan dalam komuniti Kg Gong Kepas. Pihak Pi1M Gong Kepas juga mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti promosi serta advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Antara aktiviti yang telah berlangsung ialah ceramah... read more

Program Kacau Bubur Asyura bersama J3K Gong Kepas

03 November 2016 | Berita Terkini

02 November 2016 (Rabu) - Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (J3K) Gong Kepas dengan kerjasama  Pusat Internet 1Malaysia Gong Kepas telah menyertai Program Kacau Bubur Asyura Kota Putera yang diadakan sempena menyambut Bulan Muharam bagi tahun Islam Hijrah. Pusat Internet 1Malaysia Gong Kepas turut serta mengambil bahagian dalam program sebagai tanda sokongan kepada J3K Gong Kepas. Penduduk kampung berganding bahu memasak, menghias dan mengubah bubur asyura secara bersama - sama. Pengagihan bubur asyura juga turut berjalan. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dan juga PI1M. Selain... read more

lagi berita & aktiviti