Berita Terkini

ICT Explorace - Race to the Finish

14 April 2017 | Berita Terkini

7 April 2017 (Jumaat) - Pi1M Kg Gong Kepas  telah mengadakan satu program ICT Explorace - Race to the Finish dimana program ini melibatkan ahli Pi1M berumur 10 tahun - 15 tahun. Aktiviti ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Tujuan program ini adalah untuk memupuk minatpositif dalam bidang ICT,meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang asas ICT dikalangan serta memupuk budaya bersaing secara sihat. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan terdiri dari 2 orang peserta. Sebanyak 6 check point disediakan dan setiap kumpulan perlu menyelasaikan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Antara tugasan yang... read more

LOVE OUR PLANET – Mini Garden @ Pi1M

31 March 2017 | Berita Terkini

25 March 2017 (Sabtu) - Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Kepas telah mengadakan satu program  LOVE OUR PLANET –Mini Garden @ Pi1M. Pengisian aktiviti ialah menanam pelbagai jenis pokok untuk tujuan menghijaukan persekitaran Pi1M. Selain itu juga aktivit mengecat dan menceriakan taman ini turut dijalankan. Pihak Pi1M juga telah meminta bantuan dari En Wan Mohamed bin Salleh bagi mengajar cara penaman pokok yang betul. Beliau telah menyumbang pelbagai jenis benih dan pokok bunga untuk ditanam disekitar Pi1M. Penggunaan ICT digunakan dengan menjadikan youtube sebagai bahan rujukan untuk cara penanaman yang betul. Program ini adalah sebahagian... read more

Bengkel Jahitan dengan Kerjasama Staff KEMAS

31 March 2017 | Berita Terkini

21 March 2017 (Selasa) – Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Gong Kepas telah turut serta dalam program Program Kelas Jahitan dengan kerjasama warga KEMAS. Pengisian aktiviti bersama peserta dimana peserta akan bersama – sama mengikuti bengkel jahitan yang diberikan oleh staf daripada Pejabat KEMAS Besut. Program ini diadakan di Balairaya Kg Gong Kepas Dalam yang terletak bersebelahan dengan Pi1M Gong Kepas. Program ini bermula dari pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Pihak Pi1M telah menyumbangkan minuman dan makanan ringan seperti air mineral, air kotak, gula - gula dan snek bagi keperluan sepanjang program ini.... read more

Chef Junior: 3 Layer Sandwich

20 February 2017 | Berita Terkini

18 Februari 2017 (Sabtu) - Pi1M Kampung Gong Kepas telah mengadakan Program Chef Junior: 3 Layer Sandwich bersama komuniti kususnya ahli muda PI1M. Program ini juga bertujuaan untuk merapatkan hubungan komuniti setempat dan Pi1M selain untuk tujuan promosi Pi1M disamping menambah ilmu dan pengetahuan resepi para peserta. Antara aktivit yang dijalankan ialah tutorial video cara membuat 3 Layer Sandwich diikuti dengan penerangan dan amali demontrasi membuat 3 Layer Sandwich. Sebelum para hadirin bersurai, para peserta menjamu selera dengan sandwich yang dihasilkan semasa bengkel sebagai tanda terima kasih atas kehadiran para peserta Gambar kenangan semasa... read more

Telematch FUN DAY!!! 2017

13 February 2017 | Berita Terkini

10 Februari 2017 (Jumaat) – Pihak pengurusan Pi1M Gong Kepas telah menganjurkan Telematch FUN DAY!!! Bagi tahun 2017 bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari bertempat diperkarangan Pi1M Gong Kepas. Program yang terbuka untuk peserta berumur 5 – 18 tahun ini diadakan untuk mengeratkan hubungan pihak Pi1M dengan komuniti sekitar Pi1M khususnya ahli Pi1M. Pengisian aktiviti bersama peserta bertemakan acara telematch atau sukaneka. Antara aktiviti permainan yang disediakan ialah Baling Belon Air (Lontaran kasih), Tiup Gula-gula dalam Tepung, Tiup Belon, Bowling Kelapa dan Pertandingan Mumia. Melalui program ini juga pihak pengurusan dapat... read more

Success Story & Profil Usahawan : Sumiyani Binti Jusoh (Usahawan Food Truck)

13 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Nama : Sumiyah Binti Jusoh Pekerjaan : Berniaga Umur:  41 Tahun Alamat Perniagaan : Berhadapan Pejabat Wisma Persekutuan Kg Raja, Besut Terengganu     Puan Sumiyah binti Jusoh merupakan salah seorang usahawan yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan menjual Nasi & Kuih Tradisional berkonsepkan food truck yang diusahakan bersama suaminya. Food truck beliau terletak di lokasi yang amat stategik iaitu ditepi laluan jalan utama Kg Raja dan berhadapan Pejabat Wisma Persekutuan. Food truck Puan Sumiyah menawarkan pelbagai jenis kuih muih tradisional dan nasi lemak bajet dengan harga hanya RM1 sahaja. Kuih muih pula dijual dengan harga RM1 dan makanan... read more

Profil Usahawan : Reimas binti Mat Nor (Usahawan Kedai Makan)

27 January 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Reimas binti Mat Nor Pekerjaan : Berniaga (Kedai Makan) Umur:  64 tahun Alamat Perniagaan : Bersebelahan Shakri Mini Market, Kg Gong Kepas, Besut, Terengganu   Puan Reimas binti Mat Nor atau lebih dikenali sebagai Kak Mah merupakan salah seorang usahawan di Kampung Gong Kepas yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan kedai makan yang menyediakan pelabagai juadah untuk sarapan pagi dan lauk pauk makan tengah hari. Kedai Puan Reimas turut menawarkan pelbagai kuih - muih. Lokasi kedai beliau adalah sangat strategik iaitu di laluan utama dari Kampung Raja ke Jerteh. Selain dari lokasi yang strategic, kedai Puan Reimas juga menawarkan... read more

Kempen Advokasi & Klik Dengan Bijak

02 January 2017 | Berita Terkini

31 Disember 2017 (Sabtu) – Satu majlis perasmian 2 lot kedai di Kampung Gong Kepas oleh Yang Berhormat Mohd Mahdi bin Musa, ADUN Kota Putera telah berjalan. Majlis tersebut diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Gong Kepas, UMNO Cawangan Gong Kepas dan Koperasi Gong Kepas Besut Berhad. Majlis yang telah dihadiri oleh lebih 40 orang bermula pada jam 10 pagi. Turut menghadiri majlis ini ialah Penggawa Tinggi Daerah Besut.   Pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Gong Kepas telah dijemput untuk menjadi pengerusi majlis sempena program ini. Peluang ini... read more

Let’s Get Creative with Ms Word

23 January 2017 | Berita Terkini

14 Januari 2017 (Sabtu) – Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Gong Kepas telah menjalankan program Let’s Get Creative with Ms Word dimana telah melibatkan murid dan pelajar sekolah sekitar Pi1M Gong Kepas. Program ini bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Program ini adalah bertujuan untuk menguji kemahiran perserta menggunakan Microsoft Word secara kreatif dengan menghasilkan jadual persekolahan dan harian mereka. Ini adalah bersesuaian dengan sesi persekolahan yang baru bermula. Hasil jadual yang paling menarik, kemas dan memenuhi kreteria yang ditetapkan akan ditentukan sebagai pemenang. Program ini adalah sebahagian daripada... read more

Program Bantuan Mangsa Banjir Kg. Gong Kepas

09 January 2017 | Berita Terkini

03 Januari 2017 (Selasa) – Pada awal tahun 2017, warga Kampung Gong Kepas dan Kampung Gong Kepas Dalam telah dilanda musibah banjir dan hampir 80 buah keluarga terlibat. Hampir kesemua mangsa adalah daripada Taman D’Lahar setelah lebih 70 % rumah di taman tersebut telah dimasuki air. Hasil kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (J3K) Gong Kepas, Gong Kepas Dalam dan agensi – agensi terlibat, 2 buah pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu masing – masing di Balairaya Gong Kepas Dalam dan Balaiserbaguna Gong Kepas. Kedua – dua buah pusat pemindahan ini mempunyai... read more