Berita & Aktiviti Terkini

USAHAWAN | BONDA ENTERPRISE

22 May 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Bonda Enterprise diwujudkan pada awal tahun 2016 dan diusahakan oleh Pn Latipah Abd Hamid. Bonda Enterprise adalah sebuah perniagaan perkhidmatan katering. Pn Latipah bekerja sebagai seorang penjawat awam yang sangat meminati dunia masakan dan bakery, beliau memulakan karier ini ketika beliau mula bekerja sebagai Pemaju Masyarakat KEMAS. Biarpun beliau seorang penjawat awam tetapi minat beliau terhadap bidang ini sangat mendalam sehinggakan beliau sanggup bekerja dan mengusahakan perniagaan ini. Beliau menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis, acara dan juga persendirian. Selain itu juga beliau juga menerima tempahan kuih-muih tradisional untuk majlis kenduri. Pn... read more

PERTANDINGAN MENGHIAS KEK SEMPENA HARI IBU

13 May 2018 |

Pada 13 Mei 2018, Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg Kuala telah mengadakan pertandingan menghias kek cawan sempena sambutan Hari Ibu pada 13 Mei 2018. Pertandingan ini memerlukan peserta untuk menghias kek mengikut kreativiti masing-masing untuk dihadiahkan kepada ibu mereka. Seramai 18 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada ahli Pi1M yang berumur 9 hingga 12 tahun. Pertandingan bermula pada jam 2 petang  dan berakhir pada jam 4 petang.           ... read more

PROJEK DIY : HADIAH HARI GURU

06 May 2018 |

Pada 6 Mei 2018, Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg Kuala telah mengadakan Projek DIY bersama ahli Pi1M. Projek DIY kali ini bertemakan hadiah Hari Guru. Projek ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara menghasilkan pelbagai jenis hadiah untuk para guru yang dibuat menggunakan kertas origami dan construction papar. Tujuan program ini adalah untuk mengasah bakat kreativiti para pelajar dalam menghasilkan kraftangan. Program bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.          ... read more

BENGKEL USAHAWAN : MEMBUAT BISKUT RAYA

13 May 2018 |

Pada 13 Mei 2018, Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Klustering Papar telah mengadakan Bengkel Keusahawanan Membuat Biskut Raya. Program ini diadakan dengan kerjasama Pi1M Kg Kuala, Pi1M Kg Langkuas dan Pi1M Kg Biau. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi kemahiran kepada para peserta dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan melalui kemahiran ini. Bengkel demo biskut ini dikendalikan oleh tenaga pengajar jemputan Puan Hajah Latifah Latip. Seramai 20 orang peserta mengikuti bengkel ini yang terdiri daripada suri rumah. Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.           ... read more

Bengkel Bicara Semasa dan Demo Masakan

15 May 2018 |

Pada 5.Mei.2018, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kuala telah dijemput menyertai Bengkel yang diadakan oleh KEMAS daerah papar di Kampung Souk Rampazan Papar. Program ini bertujuan untuk berkongsi hal-hal semasa bersama komuniti kampung souk yang tidak terlalu terdedah dengan pekan papar dan juga membuat demo masakan daripada wakil KEMAS. Wakil daripada Pusat Internet 1Malaysia Kg Kuala papar telah diberi peluang untuk memperkenalkan Pi1M tentang tujuan,objektif dan manfaat pusat internet ini kepada komuniti kampung dan juga kelas keusahawanan kepada mereka yang berada di kampung souk rampazan papar.  ... read more

USAHAWAN | ERYN'S HOMEMADE PAPAR

18 April 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Eryn's Homemade diusahawakan oleh Puan Adylla menyediakan tempahan kek untuk pelbagai jenis majlis pada harga yang berpatutan. Selain itu, beliau juga menerima tempahan kuih-muih dan biskut untuk pelbagai jenis perayaan. Eryn's Homemade menyediakan pelbagai jenis tempahan kek dengan rekaan yang menarik. Beroperasi dari rumah yang terletak di Kg Pengalat Papar, Eryn's Homemde juga menyediakan perkhidmatan penghataran produk beliau meliputi kawasan Papar sehingga Kota Kinabalu. Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut sila hubungi beliau di talian 0168815962 atau layari Facebook page https://www.facebook.com/AdillaHomemade/        ... read more

PROJEK SAINS HUJUNG MINGGU - MEMBUAT SLIME

15 April 2018 |

Pada 14 April 2018, Pi1M Kg Kuala telah mengadakan projek sains membuat Slime bersama ahli Pi1M. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengisian yang bermanfaat kepada ahli Pi1M ketika cuti hujung minggu. Selain itu, aktiviti ini juga merangsang pembelajaran para peserta dan secara tidak langsung memupuk minat terhadap subjek Sains. Program dikendalikan oleh  Pengurus Pi1M Kg Kuala, Puan Mimi Liyana Aqilah . Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.           ... read more

USAHAWAN KATERING MAKANAN | PN FARAH NURANIZA

17 April 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Pn Farah seorang usahawan yang menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai jenis majlis dan acara. Nur Ayu Katering adalah nama bagi perniagaan Pn Farah dan kebanyakkan permintaan datangnya daripada Jabatan-jabatan kerajaan yang telah lama menggunakan khidmat katering Pn Farah. Selain daripada menyediakan perkhidmatan katering, Pn Farah juga berniaga menjual makanan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Benoni apabila ada waktu kelapangan dan juga menjual kerepek. Pn Farah menjanjikan harga yang berpatutan kepada pelangan yang ingin menggunakan khidmat katering beliau. Beliau boleh dihubungi di nombor 011-25339588 untuk membuat tempahan katering.     ... read more

PROGRAM ADVOKASI KDB BERSAMA SMA ISLAMIAH PAPAR

03 April 2018 |

Pada 3 April 2018, Pi1M Kg Kuala dengan kerjasama Pi1M Kluster Papar telah mengadakan Advokasi KDB bersama pelajar dan kakitangan Sekolah Agama Islamiah Papar (SMAIP). Program diadakan di dewan SMAIP. Seramai 486 orang peserta telah menyertai program ini. Antara pengisian program termasuklah taklimat keselamatan internet Klik Dengan Bijak (KDB) dan taklimat pengenalan kepada Pi1M yang masing-masing  disampaikan oleh Cik Nur Diana Farehan, Penolong Pengurus Pi1M Langkuas, dan Cik Nadieanna, Penolong Pengurus Pi1M PPR Kinarut Ria. Program bermula pada jam 10.00 pagi  dan berakhir pada jam 1.00 petang.            ... read more

PROGRAM GOTONG-ROYONG

08 April 2018 |

Pada 8 April 2018, Pi1M Kg Kuala telah mengadakan Program Gotong-royong sempena kempen 'Kami Sayang Kuala'. Kempen kebersihan ini merupakan anjuran JKKK Perumahan Kuala bertujuan untuk melahirkan persekitaran yang sihat dan bebas penyakit. Program gotong-royong ini dilakukan bersama-sama dengan ahli Pi1M seramai 20 orang. Program bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.             ... read more

lagi berita & aktiviti