PROGRAM PEMINJAMAN NETBOOK 1MALASYIA

04 September 2015 | Berita Terkini

Pada 1 September 2015, Pusat Internet 1Malaysia(Pi1M) Kg Kuala telah memulakan program perkhidmatan pinjaman Netbook 1Malaysia .Pi1M Kg Kuala Papar telah menerima sebanyak 120 unit Netbook daripada pihak SKMM untuk dipinjamkan kepada komuniti setempat yang telah mendaftar menjadi ahli Pi1M Kg Kuala. Program ini merupakan inisiatif pihak SKMM untuk komuniti dalam usaha memperkasakan kemahiran menggunakan komputer. Netbook 1Malaysia ini telah dilengkapi dengan persisian asas seperti Microsoft Office dan Pelayar Internet dengn laman web rasmi Pi1M Kg Kuala sebagai default website untuk memudahkan pengguna mendapat akses terus ke laman web rasmi Pi1M apabila melayari internet. Laman web rasmi Pi1M Kg Kuala mengandungi info mengenai aktiviti dan kelas yang dijalankan di Pi1M. Inisiatif ini diharapkan dapat memberi impak yang positif kepada komuniti seiring dengan dasar Pi1M iaitu untuk merapatkan jurang digital penduduk luar bandar. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila kunjungi Pi1M Kg Kuala yang beroperasi setiap hari kecuali cuti umum, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.