Berita & Aktiviti Terkini

Bengkel Pembuatan Sabun Herba

11 November 2017 |

PI1M PEKAN TONGOD 11HB NOVEMBER 2017 LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2017 PROGRAM BENGKEL PEMBUATAN SABUN HERBA   Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod telah mengadakan sebuah program bengkel Pembuatan Sabun Herba. Objektif utama program ini adalah merupakan usaha dalam mewujudkan komuniti yang kreatif dan berdaya saing dalam menambah kemahiran disamping mencari ruang untuk memulakan/mengembangkan perniagaan secara kecil-kecilan. Dalam program ini pihak PI1M menganjurkan kelas keusahawanan dengan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai idea perniagaan, kaedah pemasaran dan cara mempromosi produk, disebelah pagi sebelum bermulanya bengkel pembuatan sabun. Setelah kelas keusahawanan selesai, para peserta memulakan bengkel dengan menghasilkan tiga jenis... read more

Q3: Celik IT | Jamnie James

22 September 2016 | Kisah Kejayaan

       Adik Jamnie James yang merupakan pelajar SMK Tongod yang berumur 15 tahun dan merupakan anak yang kedua daripada empat orang adik-beradik. Beliau merupakan salah seorang calon pelar SMK Tongod yang mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan Penilaian tahap 3 (PT3) pada tahun 2015 dengan mendapat keputusan 5A 2B dan 1C. Di Sekolah, Jamnie juga merupakan ahli pengakap yang aktif sering kali mewakili sekolah ke peringkat Daerah dan Bahagian.        Adik Jamnie adalah salah seorang yang terawal menjadi ahli Pusat Internet Pekan Tongod yang pada masa ketika... read more

Q2: Celik IT | Lim Choi Ling

25 May 2016 | Kisah Kejayaan

Walaupun bersekolah di SK Penangah yang merupakan kawasan luar bandar yang tidak lengkap dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur, namun keadaan ini tidak menghalang adik Lim Choi Ling untuk menambah dan meluaskan pengetahuannya dalam pembelajaran, seterusnya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan kini telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Geografi.           Menurut adik Lim Choi Ling, petua kejayaan beliau adalah mengulangkaji pelajaran secara konsisten, meminta nasihat guru dan membuat latih tubi secara “online”. Jelasnya, dia sering mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan dan meminta nasihat guru jika ada yang tidak... read more

Q2: Celik IT | JANEYFEER ANDREW

25 May 2017 | Kisah Kejayaan

      Janeyfeer Andrew merupakan pelajar lepasan SPM di SMK Tongod pada tahun 2016 dan kini masih menunggu peluang untuk menyambung pelajaran beliau. Pada 3 Mac 2017, beliau telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod dan berminat untuk mengikuti kelas komputer yang dianjurkan di Pi1M. Adik Janeyfeer mula mengikuti kelas dan begitu tekun mempelajari modul yang disediakan sehingga berjaya menguasai kemahiran dalam Microsoft Word, Power Point, Excel dan Windows 8.        Dengan adanya perkhidmatan yang ditawarkan di Pi1M, adik Janeyfeer yang dahulunya tidak tahu menggunakan perisian ICT... read more

Program Bulan Sains

26 October 2017 | Berita Terkini

          Pada 26 Oktober 2017, Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod telah menganjurkan sebuah program iaitu Bulan Sains. Semua pelajar dijemput untuk menghadiri program ini. Objektif program ini diadakan adalah untuk menarik minat para pelajar dalam bidang Sains dan juga menjadikan Pi1M Pekan Tongod sebagai pusat mencari serta menambah ilmu pengetahuan mereka.          Acara dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai Pi1M Pekan Tongod oleh kakitangan Pi1M. Kemudian ceramah Advokasi dan tip-tip penggunaan Facebook diberikan kepada semua peserta yang hadir. Selesai sahaja ceramah diberikan, maka semua peserta yang hadir diberi... read more

Program Menawan Bukit Tinkar ‘Center Of Sabah’, Tongod.

18 October 2017 | Berita Terkini

            18 September 2017 (Rabu): Pusat Internet 1Malaysia Kluster Tongod telah melaksanakan Program Menawan Bukit Tinkar ‘Center of Sabah’, Tongod. Program ini diadakan dengan tujuan mencari tempat-tempat menarik yang terdapat di Daerah Tongod untuk diketengahkan kepada umum. Program ini juga merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepda semua Pusat Internet 1Malaysia di Daerah masing-masing             Pada kali ini, Bukit RISM yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tinkar merupakan lokasi pilihan pengambaran video bagi memperkenalkan tempat ini kepada masyarakat luar dan komuniti setempat. Seramai 16 peserta telah menyertai aktiviti ini... read more

Q3 : Usahawan Pi1M | Marliahni Amir Bak

29 September 2017 |

Puan Marliahni Amir bak merupakan ahli PI1M Pekan Tongod yang telah berdaftar sejak tahun 2010 dan merupakan penduduk tetap Kg. Tongod. Beliau telah menceburi bidang jahitan pada tahun 2003 anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diadakan di Daerah Tongod dan mula menerima tempahan jahitan sejak awal tahun 2004. Sejak adanya Pi1M Pekan Tongod pada tahun 2010, jiika ada masa lapang beliau akan pergi ke PI1M Pekan Tongod untuk mempelajari dan membuat beberapa akaun media sosial seperti email dan whatsapp serta Facebook serta menggunakan google dan youtube dalam mencari fesyen-fesyen rekaan baju yang beliau inginkan. Selain itu beliau juga ada menggunakan perkhidmatan... read more

Q3: Celik IT | Racheil James

29 September 2017 | Kisah Kejayaan

Racheil James merupakan seorang pelajar lepasan STPM di SMK Penangah yang merupakan penduduk asal Kg. Tongod yang juga merupakan ahli PI1M Pekan tongod yang berdaftar sejak beliau bersekolah rendah di SK Pekan Tongod pada tahun 2010. Sebelum melibatkan diri dengan Kelas ICT Pi1M, Cik Racheil mempunyai kemahiran asas tentang ICT yang terhad kepada apa yang dipelajari di sekolah sahaja. Dengan kemudahan prasarana terkini seperti komputer dan internet berkelajuan tinggi yang disediakan di Pi1M, setiap waktu cuti persekolahan Cik Racheil akan berkunjung ke PI1M untuk mencari bahan-bahan rujukan bagi setiap kerja kursus... read more

KUNJUNGAN KEHORMAT KEPADA PEGAWAI DAERAH, PEJABAT DAERAH TONGOD BERSAMA MCMC CAWANGAN SANDAKAN.

29 September 2017 | Berita Terkini

            26hb September 2017 (Selasa): Pusat Internet 1Malaysia Kluster Daerah Tongod iaitu gabungan bersama PI1M Pekan Tongod, PI1M Kg. Linayukan dan PI1M Kg. Sogo-sogo telah mengiringi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Sandakan, untuk membuat kunjungan kehormat kepada Tuan Pegawai Daerah Tongod Encik Robert Stidi di Pejabat Daerah Tongod. Tujuan kunjungan ini adalah bagi memberikan penerangan kepada Pegawai Daerah Tongod berkaitan peranan dan projek-projek MCMC dan PI1M dalam mempromosikan tempat-tempat menarik serta kebudayaan di Daerah Tongod,  ... read more

PROGRAM KIBARKAN JALUR GEMILANG BERSAMA PI1M PEKAN TONGOD.

08 September 2017 |

08 September 2017 (Jumaat): Pusat Internet 1Malaysia Tongod telah mengadakan program Kibarkan Jalur Gemilang bersempena bulan kemerdekaan bagi menerapkan nilai-nilai Patriotik dan semangat cintakan negara khususnya di kalangan para pelajar SMK Tongod dan murid-murid SK Pekan Tongod, disamping menceriakan kawasan PI1M dan mengeratkan silaturrahim. Sebelum memulakan aktivit bermula terlebih dahulu kakitangan PI1M Pekan Tongod telah memberikan ceramah advokasi E-Waste dan jenis kesalahan yang sering dilakukan di alam siber. ... read more

lagi berita & aktiviti