Mengenai Pusat Internet

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KPHI mula beroperasi pada tarikh 3 Mei 2010. Pada tarikh berkenaan PIK masih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti atau PJK. Rancangan untuk
membina PIK ini hasil gabungan kerjasama 3 pihak iaitu Suruhanajaya Komunikasi
Multimedia Malaysia (SKMM), Celcom dan Nusuara Technologies. Syarikat-syarikat
ini bekerjasama dalam mencapai objektif iaitu pembangunan jaringan internet di
luar Bandar. Maka proses pemilihan kampung dan felda dijalankan berdasarkan
kriteria yang ditetapkan.
Untuk mukim Gersik ini Kampung
Parit Haji Idris menjadi pemilihan. Pemilihan kampung ini juga mendapat
sokongan pejabat daerah. Setelah perbincangan mencapai keputusan bersama, PIK Kampung
Parit Haji Idris memulakan operasinya di
Balairaya Kampung Parit Haji Idris.
Pada 24hb Mei 2010,
PEDi Kg. Parit Hj. Idris telah menerima kunjungan daripada pihak SKMM, Celcom
dan Nusuara atas lawatan UAT (User Acceptance Test). Kunjungan pada pukul 10.30
pagi itu disambut meriah oleh penduduk setempat. Lawatan yang mengambil
masa lebih dari satu jam membuktikan semua pihak berpuas hati dengan
perkhidmatan kami di sini. Kami amat berbangga kerana mendapat pujian dari
pihak SKMM dan Celcom yang menyatakan PEDi kami merupakan PEDi yang terbesar
dan tercantik. Layanan dari ketua kampung di sini juga tidak kurang hebatnya.
Semua pihak berkomunikasi dengan suasana yang agak meriah dan bekerjasama.
Perkhidmatan yang
ditawarkan di pusat internet komuniti ini ialah penggunaan komputer berinternet dengan kadar
4.0mps, print, photostat, laminate dan lain-lain lagi. Kami juga menyediakan
kelas komputer kepada semua lapisan umur yang ingin belajar. Perkhidmatan lain
yang menarik adalah program kampung tanpa wayar , yang mana kampung yang
menjadi pilihan akan disediakan kemudahan internet atau lebih mudah untuk kita
kenali sebagai wifi.
Pihak PEDi sangat
mengalu-alukan pengguna menggunakan kemudahan yang disediakan untuk aktiviti
berfaedah. Sebagai contoh kemudahan ini digunakan untuk aktiviti jual beli yang
mana kita tahu bahawa urusniaga menggunakan online menjadi trend masa kini.
Disini kami juga bekerjasama dengan pihak tabika Kemas untuk mengadakan sesi
kelas berkomputer bersama pelajar tabika dua jam seminggu. Sesi ini adalah
bertujuaan untuk mendidik pelajar ini supaya lebih pantas mengenali komputer.
Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.
Selain itu juga, ada
juga program luar yang dilakukan oleh pihak PEDi antaranya ialah aktiviti
gotong-royong, sukaneka, dan aktiviti kemasyarakatan. Program ini hasil
kerjasama bersama dengan penduduk kampung ini dan kampung sekitarnya. Program
ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara kakitangan PEDi dan penduduk kampung. Disamping itu juga pihak PEDi mampu menghulurkan bantuan
dari segi penyediaan kertas promosi dan penyediaan.
Maklumat
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia & Komuniti Kampung Parit Haji Idris :
Lokasi |
Kampung
Parit Haji Idris |
UST Area |
Balai
Raya Kampung Parit Haji Idris |
Daerah |
Tangkak |
Negeri |
Johor |
Populasi |
1357
orang |
Aktiviti Ekonomi
Utama |
Pertanian
(Getah & Kelapa Sawit), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu) ,
Perikanan |
Jumlah Keahlian (setakat 19 Januari 2021) |
1,082 ahli |
Lat/Long PIK |
N2.2203,E102.6414 |
Teknologi |
Hub
& Spoke – Microwave |
Permberi
Perkhidmatan |
Celcom
Axiata Berhad |
Tarikh Bermula
Beroperasi |
3
Mei 2010 |
Maklumat Pengurusan
PIK
|
Pengurus Nama : Umi Nadia Binti Ab Rahman Email : nadia@celcom1cbc.com No
Tel : 012-3585296
Penolong
Pengurus Nama : Fasehah Binti Ismail Email : fasehah@celcom1cbc.com No. Tel : 012-9335848
|
Website |
http://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris |
Kampung Tanpa Wayar |
1. Balai Raya Kg Parit Haji Idris (Zon 1) |