Ekonomi dan Keusahawanan
1) HISHAM BIN WAGIMIN (PERUSAHAAN INAP DESA, BONDA HOMESTAY)
http://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris/blog/2015/08/usahawan-1-hisham-bin-wagimin-perusahaan-inap-desa-bonda-homestay
Diusahakan oleh En. Hisham Bin Wagimin . memulakan
perusahaan Inap Desa ini pada tahun 2013. Pada asalnya rumah yang dijadikan
Inap Desa ini adalah rumah keluarga yang didiami oleh ibu En Hisham. Setelah
ibunya meninggal dunia , maka tiada lagi yang duduk di rumah tersebut. Setelah
dibincangkan bersama keluarga , mereka tidak mahu rumah tersebut dirobohkan
maka timbullah idea untuk menjadikan rumah tersebut Inap Desa.
En Hisham pula tinggal di belakang Inap Desa ini. Beliau
tinggal bersama isteri dan 3 orang anaknya. Untuk Inap Desa ini,En Hisham tidak
mengubah struktur rumah tersebut , hanya menambah baik dari segi warna ,
kebersihan, dan segala keperluan untuk disewakan. Antara tarikan lain ialah inap
desa ini mempunyai internet percuma yang diterima daripada kemudahan Pusat
Internet 1 Malaysia kampung ini. Di hadapan Inap Desa ini , dibina 2 buah tiang
gol untuk permainan street soccer dan futsal. Tiang gol ini sengaja dibina En,
Hisham untuk riadah anak-anaknya. Kawasan seakan padang bola ini akan dijadikan
tempat untuk bersukan dan beriadah oleh En.Hisham sekeluarga. Tetapi kemudahan
ini juga boleh digunakan untuk pelanggan yang menginap di Inap Desa ini.
Sambutan yang diterima juga amat memberansangkan apabila
Inap Desa juga dijadikan rumah persinggahan untuk pengantin dan tujuan lain.
Permintaan untuk menyewa juga meningkat dari tahun ke tahun. Kepada sesiapa
yang ingin menginap di Inap Desa ini boleh terus hubungi En. Hisham di talian
019-6555837 atau 019-6645106.
2) MAHMOD BIN MIAN (PERUSAHAAN TEMPE, JAMMAH ENTERPRISE)
http://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris/blog/2015/09/usahawan-2--mahmod-bin-mian-perusahaan-tempe-jammah-enterprise
Jammah Enterprise ini mengusahakan pembuatan tempe serta
mengedar di kawasan sekitar. Nama Jammah ini
adalah gabungan nama pemilik dan juga nama isteri pemilik perusahaan
ini. Nama isteri kepada pemilik ialah Jamaliah dan pemilik ialah Mahmod. Pada
mulanya En Mahmod memulakan perusahaan ini dengan memulakan secara kecil
kecilan yang mana membuat tempe di dalam rumah. Apabila permintaan tempenya
meningkat ,En Mahmod memohon bantuan peralatan serta kelengkapan untuk
memudahkan beliau serta isteri membuat tempe dengan kuatiti yang banyak.
Antara tempat-tempat yang menjual tempe En. Mahmud ialah
pasar tani Bukit Gambir, pasar awam Bukit Gambir, kedai-kedai runcit sekitar
Bukit Gambir dan lain - lain lagi. Bagi pelanggan yang duduk di kampung sekitar
kampung ini, mereka mudah membeli dengan hanya datang ke tempat pemprosesan
pada bila-bila masa dan sudah pasti harganya lebih murah.
Kini En Mahmod sudah membina tempat memproses tempenya
sendiri iaitu di hadapan rumahnya. Pekerjanya pula adalah dikalangan penduduk Kampung
Parit Haji Idris. En Mahmod percaya kepada usaha tangga kejayaan yang mana
beliau sudah membuktikan bahawa kita perlu rajin berusaha untuk mengejar
kejayaan. Selain pekerja En. Mahmod juga dibantu oleh anaknya yang kadang kala
menghantar tempahan tempe di tempat yang sudah ditentukan.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan tempe,
anda boleh lakukan terus di tempat pemprosesan tempe iaitu di 37 Kampung Parit
Haji Idris atau telefon di talian En. Mahmod ,017-4568932.
3) SALIHAN BIN KAMARI (PERUSAHAAN SIMEN AFERO)
http://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris/blog/2015/09/usahawan-3-salihan-bin-kamari-perusahaan-simen-afero
Perusahaan simen afero ini dimiliki oleh Salihan Bin Kamari.
Pada mulanya, En Salihan hanya mengikut rakan iaitu Cikgu Khudairi membuat batu
nama di sekolah. Batu nama itu diukir cantik seakan-akan sebatang pokok.
Selepas itu pihak ketua kampung pula meminta dia dan rakannya itu membuat batu
nama untuk seluruh penduduk Kampung Parit Haji Idris. Semua proses pembuatan
batu nama ini dibuat di rumahnya dan dibantu oleh rakannya. Selepas siap proses
mengukir dan mengecat, Batu nama itu perlu di letakkan di hadapan laman setiap
rumah.
Permintaan batu afero tidak berhenti di situ sahaja.
Beberapa tahun kemudian En Salihan diminta oleh ketua kampung sekali lagi untuk
membuat tiang lampu untuk diletakkan di bahu jalan. Lampu ini akan menggantikan
tiang kayu yang dipasang sempena hari raya aidilfitri. Proses ini memakan masa
3 bulan yang mana kampung ini mempunyai kepanjangan jalan sejauh 4 kilometer.
Menyiapkan keseluruhan tiang ini, En Salihan dibantu oleh 2 orang rakannya dan
anaknya iaitu Firdaus yang bertanggungjawab tentang pendawaian eletrik ke tiang
lampu .
En Salihan sangat serius dengan apa yang dibuat . Kini En
Salihan membuat pelbagai barangan yang mana semuanya hasil ukiran simen afero.
Sebagai contoh meja, kerusi, peti pos dan kolam ikan. Sebagai satu tarikan dan
kelainan ,En Salihan juga telah mengukir dinding rumahnya dengan simen afero
ini. Apabila dilihat seolah-olah dinding itu dibuat daripada kayu. Sebarang
pertanyaan boleh terus berjumpa kepada En Salihan di alamat No 47, Kampung
Parit Haji Idris.
4) SITI AKILA ENTERPRISE
(PERUSAHAAN MAKANAN SEJUK BEKU DAN ROTI)
Syarikat Akila pada mulanya diperusahakan secara
kecil-kecilan oleh En.Abdul Halim sekeluarga di rumah pada tahun 2005. Pada
masa itu hanya beberapa produk sejuk beku sahaja yang dikeluarkan termasuk
karipap dan donat. Selepas permintaan yang berterusan dari pihak
pelanggan,En.Abdul Halim telah memohon bantuan bangunan dan mesin memproses
dari pihak Risda dan Jabatan Pertanian. Bantuan yang diluluskan telah memberi
peluang kepada En.Halim untuk menambah lagi produk sehingga mencecah lebih 20
produk selama 5 tahun.
Mempunyai pekerja yang bertenaga mahir untuk mengendalikan kerja-kerja memproses dan mengambil pelajar praktikal dari Kolej Komuniti terdekat yang menceburi bidang pembolehpasaran. Produk-produk ini dipasarkan di sekolah-sekolah berdekatan dan juga di kedai roti sekitar daerah Muar dan Ledang . Perniagaan En.Halim yang mempunyai pengalaman selama 5 tahun telah melayakkan beliau untuk mengambil pelajar praktikal dalam bidang pembolehpasaran di mana pelajar-pelajar ini diberi kursus selama 3 bulan dalam mempelajari semua tentang perniagaan dan pemasaran.
5. Puan Aminah Binti Sopikan ( Pengusaha Kedai Kek Dan Kerepek )
https://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris/blog/2016/12/kisah-kejayaan--puan-aminah-binti-sopikan--pengusaha-kedai-kek-dan-kerepek-
Puan Aminah binti Sopikan merupakan antara salah seorang usahawan wanita yang terkenal di Bukit Gambir ini. Perniagaan yang beliau ceburi adalah dalam bidang makanan iaitu kuih basah, kek, kerepek dan biskut. Beliau yang sudah berumur 49 tahun sudah menjalani perniagaan ini hampir 15 tahun yang lalu. Pada awal perniagaan, beliau hanya tertumpu kepada penghasilan kuih-kuih basah seperti kuih bakar dan kuih dangai@rengit. Beliau belajarnya daripada ibu mertuanya yang mahir dalam membuat kuih basah seperti itu. Kemudiannya, beliau bersama-sama dengan suaminya menjualnya di tepi-tepi jalan dengan berbekalkan khemah kecil, meja dan kerusi. Pada masa itu, beliau langsung tidak mengetahui tentang penggunaan ICT dan impak yang bakal terhasil daripadanya.
Setelah beberapa tahun, beliau ingin membuat penambaikan kepada produk yang dihasilkan. Beliau telah belajar cara-cara untuk membuat kek, kerepek dan biskut bagi meningkatkan lagi hasil jualannya. Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan ingin maju dalam perniagaan, beliau telah memohon untuk menyewa sebuah kedai bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Kedai yang disewanya terletak di Pasar Tani Bukit Gambir. Namun begitu, beliau masih belum didedahkan tentang kuasa media sosial. Beliau hanya mempromosikan produk beliau di kalangan rakan-rakan dan pelanggannya sahaja. Tempahan yang diterimanya juga mempunyai had yang maksimum kerana kekurangan peralatan untuk menghasilkan produk yang maksimum.
Selepas beliau didedahkan tentang kuasa media sosial, tempahan yang diterima oleh beliau mengalami peningkatan yang memberangsangkan. Beliau juga terpaksa mengupah pekerja bagi membantunya di kedai. Selain daripada menerima tempahan daripada masyarakat sekeliling, beliau juga menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan yang berada di luar kawasan. Tempahan yang sering diterima oleh beliau adalah kuih dangai, kuih bakar, muffin, bahulu dan kek cawan. Tidak lupa juga kek marble dan kek oreo coklat juga menjadi pilihan pelanggan setianya. Beliau juga sering menaik muat produk-produknya di facebook bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan mereka.
6. Puan Rosmawati Binti Hussin (Rosma Kraf Enterprise)
https://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris/blog/2016/07/kisah-kejayaan--puan-rosmawati-binti-hussin--rosma-kraf-enterprise-