Berita Terkini

Kuiz KDB

31 July 2022 | Berita Terkini

23 Julai 2022 – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Ayer Hitam telah berjaya menganjurkan Program Kuiz KDB kepada komuniti Felda Ayer Hitam. Program ini diadakan melalui hebahan group WhatsApp dan Facebook Page PEDi Felda Ayer Hitam. Objektif program ini adalah bertujuan untuk menambah dan meningkatkan mengeratkan silaturahim antara staff PEDi dengan komuniti setempat. Program ini berkonsepkan kuiz siapa cepat menggunakan website kahoot. Setiap peserta yang mengambil akan menggunakan peranti telefon pintar atau tablet yang disediakan.  Program ini dijalankan di PEDi Felda Ayer Hitam. Sebelum program dijalankan, para peserta didedahkan tentang Klik... read more

Advokasi KDB dan Pertandingan Mencari Perkataan KDB

29 June 2022 | Berita Terkini

Kluang, Johor – Pada 17 Jun 2022 (Jumaat) yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, PEDi  Felda Ayer Hitam telah menjalankan satu aktiviti iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Pertandingan Mencari Perkataan KDB 2022. Objektif utama aktiviti ini dilakukan adalah untuk mengisi masa cuti mingguan sekolah para pelajar dengan aktiviti bermanfaat serta merupakan aktiviti bulanan bersama komuniti. Selain itu, program ini juga sebagai salah satu usaha mempromosikan PEDi Felda Ayer Hitam sebagai tempat rujukan dan pusat tumpuan komuniti setempat terutamanya golongan pelajar.    Mengambil kira negara kita berada dalam proses peralihan endemic... read more

Usahawan Roziyana Binti Md. Fadzil

26 June 2022 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Roziyana Binti Md. Fadzil Jenis Perniagaan : Makanan & Minuman Facebook : Mdm Rose No. Tel / Whatsapp : 011 4042 8267 Latar Belakang Beliau Puan Roziyana Binti Md. Fadzil merupakan salah seorang ahli PEDi Felda Ayer Hitam yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Kak Rozi. Beliau mula berjinak dalam peniagaan ini lebih kurang dalam 6 tahun lepas dengan menjual kuih muih di rumah. Hobinya yang suka memasak membuatnya terpanggil untuk melebarkan perniagaan dengan mengeluarkan produk pes sambal rojak segera dan jus limau kasturi. Kedudukan Tapak Perniagaan Beliau menjalankan perniagaan... read more

CT Kitchen

15 June 2022 | Profil Usahawan Tempatan

    Nama : Siti Mariam Marzuki Jenis Perniagaan : Makanan & Minuman Facebook : Ct Mariam Marzuki No. Tel / Whatsapp : 0177285543     Latar Belakang Beliau Puan Siti Mariam Binti Marzuki merupakan salah seorang ahli  PEDi Felda Ayer Hitam yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Kak Yam. Beliau mula berjinak dalam peniagaan ini lebih kurang dalam 5 tahun lepas dengan bekerja sebagai staff katering. Menggunakan pengalaman memasak dalam bidang caterer telah membuka mata beliau untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan.                     Kedudukan Tapak Perniagaan Beliau... read more

Warna Warni Sampul Raya

31 May 2022 | Berita Terkini

21 Mei 2022 – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Ayer Hitam telah berjaya menganjurkan Program Warna Warni Sampul Raya kepada komuniti Felda Ayer Hitam. Program ini diadakan melalui hebahan group WhatsApp dan Facebook Page PEDi Felda Ayer Hitam. Objektif program ini adalah bertujuan untuk menambah dan meningkatkan mengeratkan silaturahim antara staff PEDi dengan komuniti setempat. Program ini berkonsepkan pertandingan menghasilkan sampul raya menggunakan website Canva.com. Program ini dijalankan di PEDi Felda Ayer Hitam berikutan permintaan para peserta yang mengambil bahagian. Sebelum program dijalankan, para peserta didedahkan tentang Klik Dengan Bijak, merupakan... read more

Celik ICT - ALEYA NATASHA BT ABDULLAH

16 May 2022 | Kisah Kejayaan

Maklumat Celik ICT Nama  :  Aleya Natasha Bt Abdullah Umur  : 16 Tahun Tahun Menjadi Ahli  : 2014 Bentuk Pembelajaran ICT :  Microsoft Office Word, Ms Office Powerpoint, Excel, Zoom, Google Meet, Scratch (Website Delevop Game)   x   Beliau mula mendaftarkan diri menjadi ahli PEDi Felda Ayer Hitam sejak berusia 8 tahun lagi. Pada awal usia 8 tahun, beliau masih belum mengenali  dunia ICT bahkan agak kekok dan janggal untuk memegang beberapa komponen komputer seperti tetikus dan papan kekunci. Setelah itu beliau belajar sedikit demi sedikit memahirkan diri menggunakan komputer.   Beliau selalu hadir bersama-sama dengan rakan sebaya terutamanya pada hujung minggu Beliau juga... read more

Advokasi KDB & Pertandingan Jigsaw Puzzle Online

27 April 2022 | Berita Terkini

Kluang, Johor – Pada 15 April 2022 (Jumaat) yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, PEDi  Felda Ayer Hitam telah menjalankan satu aktiviti iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Pertandingan Jigsaw Puzzle Online2022. Objektif utama aktiviti ini dilakukan adalah untuk mengisi masa cuti mingguan sekolah para pelajar dengan aktiviti bermanfaat serta merupakan aktiviti bulanan bersama komuniti. Selain itu, program ini juga sebagai salah satu usaha mempromosikan PEDi Felda Ayer Hitam sebagai tempat rujukan dan pusat tumpuan komuniti setempat.     Mengambil kira negara kita berada dalam proses peralihan endemic Covid 19, maka kita... read more

CELIK IT Q1 2022 : Hariz Mirza Bin Ab Aziz

28 March 2022 | Kisah Kejayaan

   Hariz Mirza Bin Ab Aziz merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Seri Lalang, Kluang Johor. Hariz Mirza menetap di Felda Ayer Hitam, 86000 Kluang. Beliau merupakan ahli berdaftar di PEDi Felda Ayer Hitam sejak dari tahun 2013 lagi. Pada ketika itu, beliau baru berumur 5 tahun dan kerap mengikuti kelas ICT bagi kelas Tabika Kemas. Kemudian beliau juga mengikuti kelas-kelas ICT bagi pelajar sekolah rendah yang diadakan di PEDi Felda Ayer Hitam.           Hariz Mirza seorang yang sangat aktif mengikuti pelbagai kelas ICT dan juga aktiviti bulanan yang diadakan di PEDi Felda... read more

Art Coloring

23 March 2022 | Berita Terkini

20 Mac 2022 – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Ayer Hitam telah menganjurkan Program Art Coloring kepada komuniti Felda Ayer Hitam. Program ini diadakan melalui hebahan group WhatsApp dan Facebook Page PEDi Felda Ayer Hitam. Objektif program ini adalah bertujuan untuk menambah dan meningkatkan mengeratkan silaturahim antara staff PEDi dengan komuniti setempat. Program ini berkonsepkan pertandingan mewarna sebiji telur menggunakan marker color. Setiap peserta yang mengambil bahagian mewarna telur yang diberikan.  Program ini dijalankan di PEDi Felda Ayer Hitam berikutan permintaan para peserta yang mengambil bahagian. Sebelum program dijalankan, para peserta... read more

Noorshabiqa Pengedar Sah Hedy's Kluang

21 March 2022 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Noorshabiqa Binti Zainal Jenis Perniagaan : Pengedar Sah Produk Hedy’s (Kuih Batang Buruk, Muruku Shake dan Bangkit Gula Melaka) Nama Perniagaan : Hedy’s Kluang   Puan Noorshabiqa Binti Zainal atau lebih dikenali sebagai Biqa Zainal, merupakan cucu kepada peneroka Felda Ayer Hitam. Pelajar lepasan GiatMARA Ayer Hitam ini, mula menceburi bidang perniagaan secara dalam talian sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau mengunakan sepenuhnya kemudahan dan peluang yang ada didalam medium internet dan telekomunikasi pada masa kini. Beliau berniaga secara dalam talian dengan menggunakan medium internet seperti Facebook, Whatsapps, Instagram, Telegram dan lain-lain lagi.... read more