CT Kitchen

15 June 2022 | Kisah Kejayaan

 

 

Nama : Siti Mariam Marzuki

Jenis Perniagaan : Makanan & Minuman

Facebook : Ct Mariam Marzuki

No. Tel / Whatsapp : 0177285543

 

 

Latar Belakang Beliau

Puan Siti Mariam Binti Marzuki merupakan salah seorang ahli  PEDi Felda Ayer Hitam yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Kak Yam. Beliau mula berjinak dalam peniagaan ini lebih kurang dalam 5 tahun lepas dengan bekerja sebagai staff katering. Menggunakan pengalaman memasak dalam bidang caterer telah membuka mata beliau untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan.

                   

Kedudukan Tapak Perniagaan

Beliau menjalankan perniagaan atas talian online. Beliau turut membuat penghantaran ke rumah (COD) sekiranya ada tempahan dari pelanggan.

Namun beliau menggunakan teknologi seperti whatsapp, facebook sebagai medan untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan. 

 

Sebelum dan Selepas Penggunaan ICT

Sebelum menggunakan ICT, perniagaan beliau lebih tertumpu kepada kenalan rapat terdekat. Pendapatan dan permintaan produk yang dihasilkan oleh beliau agak terhad ketika itu.

 

Kelebihan beliau menggunakan ICT dalam perniagaan adalah :

  1. Meningkatnya jumlah pendapatan bulanan
  2. Pelanggan diluar jangkaan dan serata negeri
  3. Perniagaan tidak tertumpu di rumah sahaja.
  4. Pemasaran lebih meluas

Kejayaan Bersama Pusat Internet

Puan Siti Mariam Binti Marzuki mengenali PEDi Felda Ayer Hitam sejak 3 tahun yang lalu. Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disini. Selain itu beliau sering merujuk dengan pihak pengurusan PEDi mengenai penggunaan facebook, whatsapp, kemaskini smart phone dan sebagainya. Perniagaan beliau kini lebih dikenali di media sosial seperti facebook dan whatsapp.