Usahawan Roziyana Binti Md. Fadzil

26 June 2022 | Kisah Kejayaan

Nama : Roziyana Binti Md. Fadzil

Jenis Perniagaan : Makanan & Minuman

Facebook : Mdm Rose

No. Tel / Whatsapp : 011 4042 8267

Latar Belakang Beliau

Puan Roziyana Binti Md. Fadzil merupakan salah seorang ahli PEDi Felda Ayer Hitam yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Kak Rozi. Beliau mula berjinak dalam peniagaan ini lebih kurang dalam 6 tahun lepas dengan menjual kuih muih di rumah. Hobinya yang suka memasak membuatnya terpanggil untuk melebarkan perniagaan dengan mengeluarkan produk pes sambal rojak segera dan jus limau kasturi.

Kedudukan Tapak Perniagaan

Beliau menjalankan perniagaan dengan menggunakan platform atas talian online. Beliau turut membuat penghantaran ke rumah (COD) sekiranya ada tempahan dari pelanggan. Namun beliau menggunakan teknologi seperti whatsapp, facebook dan juga shopee sebagai medan untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan.

Sebelum dan Selepas Penggunaan ICT

Sebelum menggunakan ICT, perniagaan beliau lebih tertumpu kepada kenalan rapat terdekat. Pendapatan dan permintaan produk yang dihasilkan oleh beliau agak terhad ketika itu.

Kelebihan beliau menggunakan ICT dalam perniagaan adalah :

1.            Meningkatnya jumlah pendapatan bulanan

2.            Pelanggan diluar jangkaan dan serata malaysia

3.            Perniagaan tidak tertumpu di rumah sahaja.

4.            Pemasaran lebih meluas dan sistematik

Kejayaan Bersama PEDi

Puan Roziyana Binti Md. Fadzil mengenali PEDi Felda Ayer Hitam sejak 2 tahun yang lalu ketika negara mengalami pandemi Covid 19. Sejak itu beliau sering menggunakan perkhidmatan yang di sini bagi meningkatkan kemahiran dan mengembangkan perniagaan dengan mengikuti pelbagai kelas anjuran PEDi FAH. Selain itu beliau sering merujuk dengan pihak pengurusan PEDi mengenai penggunaan facebook, whatsapp, telegram, shopee, kemaskini smart phone dan sebagainya. Perniagaan beliau kini lebih dikenali di media sosial seperti facebook, whatsapp dan telegram.