Advokasi KDB dan Pertandingan Mencari Perkataan KDB

29 June 2022 | Berita Terkini

Kluang, Johor – Pada 17 Jun 2022 (Jumaat) yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, PEDi  Felda Ayer Hitam telah menjalankan satu aktiviti iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Pertandingan Mencari Perkataan KDB 2022. Objektif utama aktiviti ini dilakukan adalah untuk mengisi masa cuti mingguan sekolah para pelajar dengan aktiviti bermanfaat serta merupakan aktiviti bulanan bersama komuniti. Selain itu, program ini juga sebagai salah satu usaha mempromosikan PEDi Felda Ayer Hitam sebagai tempat rujukan dan pusat tumpuan komuniti setempat terutamanya golongan pelajar.

  

Mengambil kira negara kita berada dalam proses peralihan endemic Covid 19, maka kita perlu mengamalkan SOP-SOP yang telah ditetapkan, maka aktiviti ini  dijalankan di PEDi Felda Ayer Hitam dengan mematuhi SOP-SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup mulut dan hidung (facemask), mengimbas suhu badan dan menggunakan aplikasi MySejahtera. Seramai 11 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah.

  

Pemenang utama bagi pertandingan Mencari Perkataan KDB ini adalah seperti berikut:

Adik Hariz Mirza

Adik Adam Irfan

Adik Harris Fadhilah

Adik Danish

Manakala peserta-peserta lain yang mengambil bahagian turut menerima hadiah saguhati. Walaupun kita menjalani norma baharu akibat pendemik Covid 19, namun situasi tersebut bukan penghalang bagi PEDi Felda Ayer Hitam untuk menjalankan aktiviti bersama-sama dengan komuniti. Para peserta sangat teruja dengan aktiviti tersebut serta berharap agar aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.