Profil Usahawan Tempatan : Perniagaan "Kueh Cikgu"

14 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Saimah Binti Abd Hadi

Umur : 44 Tahun

Pekerjaan : Guru Sekolah Agama Felda Ayer Hitam

Jenis Perniagaan : Menerima tempahan membuat kuih-muih

Nama Perniagaan : Kueh Cikgu

 

Puan Saimah Binti Abdul Hadi, 44 tahun, merupakan anak peneroka Felda Ayer Hitam. Beliau merupakan  seorang guru di Sekolah Agama Felda Ayer Hitam. Beliau menjadi ahli PI1M Felda Ayer Hitam pada tahun 2014. Disamping menjalankan tugas guru, beliau juga membuka perniagaan menerima tempahan kuih-muih untuk pelbagai majlis. Tempahan dan promosi perniagaan beliau dijalankan secara dalam talian melalui platform media sosial seperti facebook dan whats app. Nama perniagaan beliau ialah "Kueh Cikgu". Beliau boleh dihubungi di no whats app 010 – 708 7404  facebook beliau https://www.facebook.com/saimah.abdulhadi   . Beliau mula menjalankan perniagaan beliau dua tahun lalu dan beliau menerima tempahan membuat kuih untuk majlis-majlis seperti majlis doa selamat, kenduri majlis pertunangan dan perkahwinan, majlis jamuan rasmi,majlis rasmi di sekolah dan lain-lain lagi. Pelanggan beliau terdiri daripada pelbagai lapisan komuniti yang bukan sahaja tinggal di sekitar Felda Ayer Hitam, tetapi juga sekitar Kluang dan pekan Ayer Hitam. Kuih yang beliau sediakan terdiri daripada kuih-kuih tradisional seperti kuih seri muka, koci pulut hitam, lopes, keria, karipap,pulut panggang, kole kacang dan lain-lain lagi. Melalui perniagaan dalam talian, operasi perniagaan beliau tanpa had masa dan ini memberi kelebihan kepada beliau kerana beliau tidak perlu menunggu atau membuka kedai secara rasmi selain dapat fokus kepada tugas mengajar beliau, beliau juga boleh menjalankan perniagaan beliau tanpa kekangan masa dan lokasi perniagaan.