Kuiz Maulidur Rasul

14 December 2016 | Berita Terkini

Pada 10hb Disember yang lalu Pi1M Felda Ayer Hitam telah mengadakan Kuiz Maulidur bersempena maulidur rasul yang bakal tiba bersama ahli PI1M. Oleh itu para pelajar diberi peluang untuk menjawab semua soalan yang diberikan. Program ini dibuka kepada ahli-ahli Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ayer Hitam yang bersekolah rendah sahaja untuk memberi mereka peluang memenangi hadiah, selain itu aktiviti ini sesuai dengan peringkat umur mereka.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar mengenal serta meningkatkan rasa cinta akan junjungan Nabi Muhammad SAW selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara petugas PI1M dengan ahli-ahli PI1M. Melalui program ini, para pelajar juga boleh menggunakan internet untuk mencari jawapan. Sedikit taklimat ‘Klik Dengan Bijak’ iaitu panduan penggunaan internet dengan bijak dan selamat selari dengan adab dan tatasusila kita sebagai orang timur yang mementingkan kesopanan dan kesantunan budi Bahasa bukan hanya di dunia realiti tetapi juga di dalam dunia maya telah diberikan sebelum kuiz bermula.

Seramai 15 orang pelajar telah menyertai program ini. Pihak Pi1M Felda Ayer Hitam sangat berpuas hati dengan penglibatan pelajar di dalam program ini, di mana kebanyakkan mereka telah berjaya mengguna pakai kemahiran ICT yang telah dipelajari sepanjang mengikuti latihan-latihan ICT di Pi1M. Semoga ianya menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berkarya dengan menggunakan ICT.