Program "Jom DIY"

20 December 2016 | Berita Terkini

Felda Ayer Hitam, Kluang – Pada 17 haribulan Disember 2016 hari Sabtu yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Ayer Hitam telah menjalankan satu aktiviti bersama ahli PI1M iaitu program “Jom DIY” bersempena cuti persekolahan. Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PI1M dengan ahli-ahli PI1M.  Selain itu, memupuk minat peserta untuk selalu hadir ke Pi1M selain mempromosikan PI1M sebagai pusat tumpuan penduduk.

Program ini bermula kira-kira jam 9.00 pagi dimulakan dengan pendaftaran para peserta. Setelah itu, peserta dikehendaki mengikuti kelas tutorial menghasilkan bookmark melalui medium youtube selama 1jam. Peserta juga diberi Taklimat Klik Dengan Bijak iaitu panduan menggunakan internet dengan bijak dan selamat. Taklimat Klik Dengan Bijak merupakan kampen kesedaran yang dijalankan oleh pihak SKMM yang bertujuan mendidik dan membimbing masyarakat Malaysia supaya menggunakan internet dengan bijak dan selamat. Seramai 12 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah yang berumur antara 8 hingga 12 tahun. Para peserta diberikan masa selama 2jam bagi menghasilkan bookmark yang kreatif dan menarik, mereka sangat tekun menghasilkan bookmark masing-masing sejak sesi pertandingan bermula lagi. Penghasilan bookmark yang menarik dan kreatif boleh menarik minat juri untuk memberikan markah yang tinggi kepada para peserta.

 Setelah diadili, peserta yang mendapat tempat pertama iaitu adik Syahmizi Mifzal Bin Samsul, tempat kedua adik Amirul Izzat Bin Nasruddin, manakala tempat ketiga dimenangi oleh adik Fairuz Zikri Bin Mohd Firdaus. Tidak terkecuali para peserta yang mengambil bahagian juga turut mendapat hadiah saguhati.

 

Para peserta berasa sangat gembira dan teruja dan mereka berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Selain itu, berkenaan dengan Taklimat Klik Dengan Bijak, para peserta berasa taklimat dan program kesedaran seperti itu sangat penting dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa kerana ianya bermanfaat dan menjadi panduan kepada pengguna internet.