Profil Usahawan Tempatan : Andaman Persona Enaldz

22 August 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Zainal Bin Mohd Sufian

Umur : 42 Tahun

Jenis Perniagaan : Katering,Butik Kecantikan, Andaman dan Perunding Perkahwinan

Nama Perniagaan : Andaman Persona Enaldz

En Zainal Bin Mohd Sufian, 42 tahun, merupakan anak jati Felda Ayer Hitam. Beliau telah membuka Butik Kecantikan dan Perunding Perkahwinan iaitu Andaman Persona Enaldz New sejak 6 tahun yang lalu. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau ialah khidmat nasihat berhubung perkahwinan, solekan untuk majlis perkahwinan dan pertunangan, menyediakan perkhidmatan sewa untuk pakaian pengantin, pelamin, canopy, katering dan jamuan resepsi  dan segalanya yang berkaitan dengan majlis perkahwinan dan juga pertunangan. Pelanggan beliau terdiri daripada penduduk sekitar Felda Ayer Hitam, Kluang, Batu Pahat serta daerah-daerah lain yang berhampiran.

Beliau menggunakan perkhidmatan PI1M dan mula mempelajari cara untuk meningkatkan prestasi dan kualiti perniagaannya. Melalui internet beliau dapat mempelajari dan meluaskan promosi perniagaan beliau ke seluruh tempat tanpa beliau perlu bersusah payah untuk ke sana sini, hanya menggunakan internet dapat meluaskan empayar perniagaan beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan urusan bolehlah melayari dan menghubunginya di Facebook di alamat https://www.facebook.com/profile.php?id=100006103066666 (Andaman Persona Enaldz New) atau di talian 012 - 732 9025.