Profil Usahawan Tempatan : Perkhidmatan Bas Sewa "IMPIAN MURNI"

20 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Mohammad Hafifi Hafidz Bin Mohd Rais

Umur : 26 Tahun

Jenis Perniagaan : Perkhidmatan Bas Sewa dan Bengkel Membaiki Bas

Nama Perniagaan : Impian Murni

Mohammad Hafifi merupakan anak sulung kepada En.Mohd Rais yang menjalankan perniagaan perkhidmatan bas sewa serta bengkel membaiki kenderaan dan bas. Perniagaan ini merupakan perniagaan keluarga beliau. Mohammad Hafifi bersama adik beradik beliau yang lain telah bersama-sama membantu ayah beliau menjalakan perniagaan ini. Pada awalnya, beliau menjalankan perniagaan beliau di rumah beliau, namun setelah  beberapa tahun beliau berjaya memiliki bengkel dan tapak sendiri untuk menjalankan perniagaan bas sewa dan juga bengkel membaiki kenderaan dan bas. Lokasi tapak dan bengkel perniagaan beliau terletak di simpang masuk Felda Ayer Hitam.

  

Antara perkhidmatan yang beliau sediakan adalah perkhidmatan bas sewa. Pelanggan sering menggunakan perkhidmatan bas beliau untuk ke destinasi percutian, rombongan perkahwinan, rombongan sekolah serta perjalanan mengambil dan menghantar pekerja-pekerja kilang ke tempat kerja. Antara destinasi yang sering dituju adalah tempat-tempat peranginan seperti Tanah Tinggi Cameron Highland, Langkawi, Genting Highland, Melaka, Port Dikson, Terengganu, Kelantan dan tempat-tempat menarik yang lain. Harga perkhidmatan beliau yang berpatutan disamping pemandu yang berpengalaman menjadikan perniagaan beliau pilihan pelanggan sekitar Ayer Hitam, Kluang dan kawasan-kawasan berhampiran. Disamping perkhidmatan bas sewa, beliau juga menjalankan perniagaan bengkel membaiki kenderaan dan bas. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti membaiki kenderaan, mengecat kenderaan serta lain-lain lagi. Kepada yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan bas sewa , beliau boleh dihubungi di talian 017 - 7333094, 018 - 771 3214 ,014 - 985 8270 atau di facebook beliau https://www.facebook.com/hafifihafidz.mohdrais