Profil Usahawan Tempatan : Kemang Burger

19 October 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Mohamad Ikmal Bin Baharudin

Umur : 22 Tahun

Jenis Perniagaan : Menjual Burger

Nama Perniagaan : Kemang Burger

Mohamad Ikmal Bin Baharudin mula meniaga menjual burger sejak beliau masih belajar di Kolej Vokasional Kluang, sekitar 5 tahun yang lalu. Pada masa itu, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Memandangkan waktu siang hari masa beliau banyak dihabiskan di Kolej Vokasional Kluang, maka beliau membuka gerai burger beliau sekitar jam 8 malam hingga pukul 12 tengah malam. Pada asanya, perniagaan beliau hanya menjual burger sahaja seperti burger ayam, burger daging, burger spesial dan lain-lain lagi. Kini, selepas beliau tamat belajar, beliau telah bekerja di bengkel membaiki kereta di Kluang, namun perniagaan burger beliau masih diteruskan dan beroperasi pada sebelah malam.

  

Beliau juga telah mempelbagaikan jenis-jenis burger untuk peminat setia burger beliau disamping menarik minat pelanggan baharu. Antara menu burger baharu yang ada di gerai beliau seperti roti burger yang berwarna, daging burger yang ada keju/chese serta pilihan daging yang lain seperti daging arnab, rusa dan kambing. Kedudukan gerai beliau yang berada di tepi jalan besar dan jalan utama masuk ke Felda Ayer Hitam selain berhampiran dengan kedai kopi menjadikan gerai burger beliau tumpuan penduduk sekitar. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran burger ke rumah tanpa sebarang bayaran tambahan. Kepada penduduk sekitar yang berminat untuk merasai dan mencuba burger beliau boleh menghubungi beliau di talian 011 - 2636 0357 atau boleh melawat facebook rasmi Kemang Burger di https://www.facebook.com/Kemang-Burger-