Kisah Kejayaan - Puan Saimah Binti Abdul Hadi (Perniagaan Kueh Cikgu)

21 December 2016 | Kisah Kejayaan

Puan Saimah Binti Abdul Hadi, 44 tahun, merupakan anak peneroka Felda Ayer Hitam. Beliau merupakan  seorang guru di Sekolah Agama Felda Ayer Hitam. Beliau menjadi ahli PI1M Felda Ayer Hitam pada tahun 2014. Disamping menjalankan tugas guru, beliau juga membuka perniagaan menerima tempahan kuih-muih untuk pelbagai majlis. Seperti majlis kenduri doa selamat, majlis pertunangan, majlis minum petang atau majlis-majlis rasmi organisasi kerajaan atau badan-badan swasta.Tempahan dan promosi perniagaan beliau dijalankan secara dalam talian melalui platform media sosial seperti facebook dan whats app. Nama perniagaan beliau ialah "Kueh Cikgu". Beliau boleh dihubungi di no whats app 010 – 708 7404  facebook beliau https://www.facebook.com/saimah.abdulhadi .

  

Pelanggan beliau terdiri daripada pelbagai lapisan komuniti yang bukan sahaja tinggal di sekitar Felda Ayer Hitam, tetapi juga sekitar Kluang dan pekan Ayer Hitam. Kuih yang beliau sediakan terdiri daripada kuih-kuih tradisional seperti kuih seri muka, kuih lepat pisang, lepat ubi, koci pulut hitam, lopes, keria, karipap,pulut panggang, kole kacang dan lain-lain lagi serta pelbagai menu jamuan ringan seperti mee goreng, mee kari, mee bandung dan lain-lain.Beliau berjaya mengiklankan produk perniagaan "Kueh Cikgu" beliau di media sosial dengan menggunakan perkhidmatan Wifi Komuniti (WK) yang disediakan di sekitar Felda Ayer Hitam. Serta mahir menggunakan aplikasi smart phone seperti aplikasi whats app dan facebook phone setelah menjalani latihan ICT di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ayer Hitam. Melalui perniagaan dalam talian, operasi perniagaan beliau tanpa had masa dan ini memberi kelebihan kepada beliau kerana beliau tidak perlu menunggu atau membuka kedai secara rasmi selain dapat fokus kepada tugas mengajar beliau, beliau juga boleh menjalankan perniagaan beliau tanpa kekangan masa dan lokasi perniagaan. Disamping itu, hasil pendapat melalui perniagaan kuih beliau ini juga dapat membantu menambah pendapatan beliau sekeluarga. Kini, anak-anak perempuan beliau mula mempelajari cara-cara untuk membuat kuih dan secara tidak langsung membantu warga belia menambah pendapatan serta meningkatkan nilai diri individu tersebut yang mahir membuat kuih-kuih tradisional di zaman moden ini.