Kisah Celik ICT - Muhammad Nur Ayrudden Bin Jusoh

21 December 2016 | Kisah Kejayaan

Muhammad Nur Ayrudden Bin Jusoh merupakan pelajar tingkatan dua (2) yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lalang, Kluang, Johor. Beliau merupakan pelajar terawal yang mendaftar menjadi ahli Pi1M. Merupakan ahli aktif yang sering hadir ke Pi1M. Bakal menduduki peperiksaan PT3 pada tahun hadapan. Beliau menjadi ahli Pi1M semasa bersekolah rendah, pada ketika itu tahap kemahiran beliau menggunakan komputer adalah tidak mahir dan dalam proses pembelajaran untuk memahami apa itu komputer, peralatannya dan aplikasi internet. Selepas hampir 5 tahun menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ayer Hitam beliau berjaya menjadi ahli PI1M yang  mahir menggunakan komputer dan aplikasi yang ada seperti Microsoft Office (Word, Power Point & Excel), smart phone, enjin carian dan aplikasi lain. Beliau juga sering hadir ke PI1M setiap hari selepas waktu persekolahan dan juga sering melibatkan diri dalam program dan aktiviti PI1M setiap bulan. Beliau juga mengikuti kelas ICT setiap minggu untuk pelajar sekolah menengah. Kewujudan PI1M Felda Ayer Hitam banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT beliau seterusnya membantu dalam proses pembelajaran dan pendidikan beliau. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, tentunya cabaran dan risiko anasir-anasir negatif menjadi ancaman kepada remaja seperti beliau ketika melayari internet, oleh yang sedemikian, program Klik Dengan Bijak (KDB) yang dilaksanakan Oleh SKMM banyak membantu dan membimbing beliau ketika melayari internet. Beliau diajar cara-cara menggunakan internet dengan bijak dan selamat seterusnya dapat melindungi beliau daripada perkara-perkara negatif seperti menjadi mangsa buli cyber, penipuan internet, pronografi serta lain-lain jenayah internet

.