Mengenai PI1M

Maklumat PI1M Felda Ayer Hitam

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) merupakan satu program pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dengan usahasama oleh pihak Celcom Axiata Berhad dan NuSuara Technologies Sdn Bhd. Pelancaran projek ini merupakan satu pendekatan yang memberi fokus utama amnya untuk komuniti dalam merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT khususnya untuk penduduk Felda Ayer Hitam. Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi/Kampung Tanpa Wayar (KTW) bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak, program latihan/kursus ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan.
Pusat Internet 1Malaysia dahulunya ia dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK) tetapi pada tahun 2013 ditukar nama sejajar dengan konsep 1Malaysia. Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Felda Ayer Hitam telah dibuka pada 2 Mei 2010. Bertempat di Balairaya, Jalan Rahmat, Felda Ayer Hitam, 86000 Kluang Johor. Pusat internet ini menjadi pusat tumpuan komuniti dalam kehidupan seharian bagi merapatkan jurang digital. Dengan hanya bayaran RM 5 sebagai ahli Pi1M penduduk setempat dapat menikmati kemudahan ICT yang ditawarkan bagi semua peringkat umur.
 
Beroperasi setiap hari Isnin-Ahad, 9pagi hingga 6petang. 
Kecuali cuti umum.

Maklumat  PI1M Felda Ayer Hitam dan Komuniti PI1M Felda Ayer Hitam

Lokasi

Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ayer Hitam

UST Area

Kluang

Daerah

Kluang

Negeri

Johor

Populasi

1750 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah dan Kelapa Sawit), Perniagaan runcit dan makanan, Penternakan (Lembu, Kambing dan Ikan air tawar)

Jumlah Keahlian

(setakat 7 Disember 2016)

961 Orang

Lat/Long PI1M

N 01.565036 , E 103.140302

 

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

2 Mei 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Nama: Mohd Adam Bin Mahat

Email: adam@celcom1cbc.com

No Telefon: 017-7469232

 

Penolong Pengurus

Nama: Noraliza Binti Hj.Samuri

Email: noraliza@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-2008216

Website

http://www.celcom1cbc.com/ayer-hitam

 

Kampung Tanpa Wayar

1.    Zone 1: No. 60 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Abd Jabar Bin Daud

2.     Zone 2: No. 65 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Rahman Bin Sapar

3.     Zone 3: No. 64 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Adnan Bin Kadir

4.     Zone 4: No. 62 (Pole 12 Meter) -  Rumah En. Dzulmi Azlan

5.     Zone 5: No 61 ( Pole 12 Meter) – Rumah En. Azman

6.  Zone 6: No 63 ( Pole 12 Meter ) – Rumah En.Hafizam Bin Mohamad