Kemudahan Awam

KEMUDAHAN ASAS

 Pihak kerajaan melalui FELDA telah menyediakan beberapa kemudahan asas untuk kemudahan peneroka. Antara kemudahan asas yang ada di Felda Ayer Hitam adalah seperti alan raya berturap, lampu jalan, bekalan air serta rumah kediaman yang selesa. Antara kemudahan lain adalah masjid, sekolah, klinik, balai polis, balai raya dan lain-lain yang dibina di dalam kawasan Felda  untuk kegunaan penduduk setempat.


KESIHATAN

Penduduk Felda Ayer Hitam mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Desa Felda Ayer Hitam yang beroperasi setiap hari Ahad hingga Khamis, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kedudukan klinik ini tidak jauh dari penempatan penduduk dan mudah bagi mereka untuk datang mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah klinik kesihatan kanak-kanak, ibu mengandung, postnatal, perancang keluarga dan turut menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah ke rumah untuk wanita mengandung. Manakala hospital besar yang berdekatan pula terletak di bandar Kluang iaitu Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.


KESELAMATAN

RELA: Keselamatan Felda Ayer Hitam secara amnya adalah di bawah jagaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS). JKKK sentiasa memantau keadaan kampung bagi memastikan tiada aktiviti jenayah yang boleh mengancam keselamatan kampung. Pihak JKKK amat peka dengan segala perkara berkaitan dengan keselamatan kampung dan rondaan secara berkala merupakan antara cara untuk menjamin keamanan terus tercapai. Balai Polis yang berhampiran pula terletak di pekan Sri Lalang dan segala aduan atau kes jenayah akan dilaporkan terus ke Balai Polis Sri Lalang.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.