Maklumat Tempatan

PENGENALAN

Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  atau Federal Land Development Authority (FELDA) merupakan cetusan idea Tun Abdul Razak yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah lebih cekap dan berkesan disamping meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk melayu khususnya pada masa itu. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.


SEJARAH

Felda Ayer Hitam juga dikenali sebagai Felda Batu Lapan ditubuhkan pada tahun 1960. Felda ini merupakan antara Felda terawal yang diwujudkan di dalam negeri Johor. Jumlah peneroka adalah seramai 336 orang yang berasal dari Johor seramai 334 orang, Melaka 1 orang dan Perak 1 orang. Kawasan Felda Ayer Hitam terletak dalam daerah Kluang dan Kawasan Dun dan Parlimen pula dalam kawasan Simpang Renggam. Bandar yang berhampiran adalah bandar Kluang iaitu 15km dari Felda Ayer Hitam.

Kawasan ini merupakan kawasan tanah berbukit dan terdapat juga kawasan tanah rendah dan kawasan berpaya. Keadaan tanah pamah yang subur menggalakkan peneroka menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan getah.

LOKASI = N 01.565036 , E 103.140302

Keseluruhan penduduk yang tinggal di dalam Felda Ayer Hitam adalah merupakan keturunan Melayu dan beragama Islam yang berjumlah 2315 orang. Penduduk ini merangkumi tiga generasi iaitu generasi pertama (peneroka asal), generasi kedua (anak peneroka), generasi ketiga (cucu peneroka) dan generasi keempat (cicit peneroka). Kebanyakan kawasan penempatan di bina secara terancang. Pada awal penempatan, hanya rumah papan yang kecil disediakan untuk peneroka, namun keadaan ini berubah pada masa kini ekoran tahap sosioekonomi peneroka yang semakin baik.


PROFIL MUKIM

Keluasan: 1545.99 hektar

Bilangan Penduduk: 2,315 orang

Bangsa: Melayu (100 %)

Pengurus FELDA : Hj. Dzainal Bin Rahman

Ketua Kampung : En.Abdul Halim Bin Razak

Alamat Pengurus: Pejabat Felda Ayer Hitam, 86000 Kluang Johor.

No Tel Pejabat Felda Ayer Hitam: 07-7596940


NAMA KAMPUNG BERDEKATAN

1.    Kampung Kurnia Batu 8.

2.    Kampung Melayu Manong Batu 9.

3.    Kampung Sri Bongsu.

4.    Kampung Rahmat.

5.    Kampung Sri Lalang.

6.    Kampung Hj.Hamzah

7.    Taman Sri Lalang Baru.

8.    Taman Ria.



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.