Pelancongan & Rekreasi


Tempat-Tempat Pelancongan & Rekreasi 

1) Pekan Seramik Ayer Hitam
Pekan Ayer Hitam terletak kira-kira 7km daripada Felda Ayer Hitam, pekan ini terkenal dengan barangan seramik dan menjadi tumpuan kepada pengunjung sama ada daripada daerah berdekatan atau pelancong luar. Kebanyakan peniaga menjual barangan seperti beraneka barangan seramik dan pasu, bunga plastik, pelbagai jenis kerepek , buah estotika, karpet dan permaidani, barangan pertunangan dan perkahwinan,cenderahati, patung permainan dan aksesori perhiasan rumah. Pekan Ayer Hitam menjadi tumpuan setiap kali cuti hujung minggu dan cuti umum.

2) Putu Bambu Juriah
Kedai Putu Bambu Juriah merupakan kedai menjual makanan tradisional terawal di pekan Ayer Hitam. Lokasinya yang strategik iaitu di persimpangan jalan lampu isyarat pekan Ayer Hitam menjadikan kedai ini tumpuan pengunjung, selain rasa putu bambu yang enak dan sedap hasil resepi warisan keluarga Juriah.

3) UK Farm Agro Resort
UK Farm Agro Resort dikenali sebagai ladang kambing dan biri-biri yang terbesar di Malaysia. Dengan lebih daripada 130 hektar tanah penggembalaan 4.000 ekor kambing, ia adalah tempat yang terbaik untuk merasa suasana alam semula jadi jauh dari kesibukan bandar. Ladang ini terletak di selatan negeri Johor dan disokong oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.Terdapat juga tanaman buah markisa dan sebuah kilang untuk pemprosesan buah markisa. Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti restoran, kedai cenderamata, bilik persidangan, chalet, asrama, kawasan BBQ, pentas terbuka, tapak perkhemahan, karaoke dan lain-lain.
Tel : +607-759 7555, +607-759 5018, +607-759 5991
Fax : +607-759 7991
Website: www.ukfarm.com.my
Email: info@ukfarm.com.my

4) Zenxin Organic Farm
Zenxin Organic Park adalah ladang organik pertama terbuka di Malaysia. Pengunjung dapat merasai pengalaman di ladang  seperti meneroka ladang dengan berjalan kaki atau basikal,  memetik hasil tanaman serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak pengurusan Zenxin Organic Farm. Antara produk yang dikeluarkan oleh Zenxin Organic Farm ialah seperti sayur-sayuran organik, buah-buahan tropika, beras perang organic dan produk baja organik untuk tanaman.

5) Tropical Village
Berkonsepkan "Theme Park" terdiri daripada bangunan dan patung mini dari luar negara seperti 7 keajaiban dunia, ianya lebih daripada 30 jenis monument yang terkenal di dunia seperti Menara Kuala lumpur, KLCC, Effel Tower, tembok Besar Cina dan sebagainya. Taman ini di bina di atas tanah seluas 32 ekar tanah. Selain itu juga terdapat lebih daripada 50 spesies tumbuhan tempatan, pokok buah-buahan dan bunga termasuk pelbagai jenis bunga kertas. Taman hiburan dengan bayaran berpatutan seperti Haunted House, Magic cermin, Dinasour coaster, Boat Berkayuh dan lain-lain juga terdapat di sini.
Alamat  : Bt. 56, Jalan Johor, 86100 Ayer Hitam, Johor
No. Tel. : 07-7582170/1160 
Email    : tropicalvillage2011@gmail.com

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.