Pendidikan

Pendidikan

Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Ayer Hitam adalah sebuah sekolah kebangsaan bantuan kerajaan yang telah wujud sejak Januari 1963. FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  telah memberi kerjasama dengan memberi tanah untuk membina sekolah tersebut. Oleh kerana lokasi sekolah ini berhampiran Ayer Hitam, sekolah ini telah diberi nama  SK LKTP Ayer Hitam. Ketika itu, sekolah ini hanya mempunyai 6 buah bilik darjah termasuk pejabat. Seramai 160 orang murid telah mendaftar dan 9 orang guru sahaja.


Pada tahun 1965  SK LKTP Ayer Hitam telah dirasmikan oleh wakil Menteri Besar Johor, YB Dato Hj Othman Bin Saat. Ketika itu juga sebanyak 5 buah rumah guru telah didirikan bagi menempatkan guru-guru yang berkhidmat di sekolah itu. Sebuah banguan 2 tingkat telah dibina pada tahun 1972 untuk menampung murid yang makin bertambah dari tahun ke tahun.Dengan penambahan bilangan murid yang mendaftar, SK LKTP Ayer Hitam sekali lagi menerima sebuah bangunan 4 tingkat pada tahun 2001. Bangunan baru ini cukup dilengkapi dengan Bilik Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Mesyuarat, Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru, Bilik Darjah, Bilik Sumber, Bilik Tayang, Bilik Perpustakaan. Bangunan ini telah dirasmikan pada 10 Jun 2002 dan pada 1 Jun tahun yang sama juga sekolah ini telah dinaikkan ke Gred A.

Felda Air Hitam mempunyai dua buah sekolah yang menyediakan kemudahan pendidikan anak-anak kampung. Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Ayer Hitam dan Sekolah Agama Felda Ayer Hitam serta Tabika Kemas Felda Ayer Hitam merupakan institusi pendidikan yang disediakan khas untuk kemudahan anak-anak penduduk kampung di sini. Sekolah Agama Felda Ayer Hitam pula terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Ayer Hitam. Sekolah agama terdapat tadika Islam dan terdiri dari darjah 1 hingga 6 seterusnya sijil darjah khas.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.