Berita Terkini

PERTANDINGAN CAPAN DAN KOLAJ

17 October 2017 | Berita Terkini

15HB October 2017, bertempat PI1M Pekan Babagon telah menganjurkan satu pertandingan yang berbentuk Capan dan Kolaj. Pertandingan ini dihadiri oleh ahli-ahli PI1M yang berdaftar sahaja. Seramai 27 orang telah mengikuti pertandingan ini. Terlebih dahulu kita huraikan maksud Kolaj, Lukisan Kolaj bermaksud memotong sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas warna atau surat khabar. Kolaj juga boleh dibuat dengan mengoyak atau mengunting kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan.  Ia boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti tampal gambar foto atau dari cetakan... read more

BENGKEL KECANTIKAN LASOUL

14 October 2017 | Berita Terkini

Satu bengkel kecantikan telah diadakan di PI1M Pekan Babagon. Bengkel ini bertujuan memperkenalkan produk La Soul kepada komuniti setempat. Pengisian bengkel adalah pengenalan kepada produk, demo kecantikan dan juga pelan pemasaran produk. Bengkel ini bukan sahaja membantu dan mengajar peserta tentang penggunaan produk yang sesuai dengan kulit wajah masing-masing, malah membimbing peserta yang berminat asas memulakan perniagaan berasaskan produk kecantikan. Bengkel ini dilaksanakan dengan bantuan 1Million Group (1MG) yang terdiri daripada Cik Cynthia Jintian, Cik Nicole Blanche, En Stanley Stephen, Puan Adriona dan juga Puan Scholastica. Seramai sembilan orang peserta... read more

MINI SUKANEKA HARI SUKAN NEGARA 2017

14 October 2017 | Berita Terkini

Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara yang disambut setiap minggu pertama tiap-tiap tahun, PI1M Pekan Babagon telah mengadakan mini sukaneka. Objektifnya adalah untuk sama-sama memeriahkan dan menyambut seruan kerajaan untuk sama-sama sihat. Antara aktiviti yang sempat dijalankan termasuklah senamrobik, lumba lari kepit belon, rebut gula-gula paling banyak dan juga isi air dalam botol. Walaupun aktiviti ini kurang mendapat sambutan ekoran daripada cuaca hujan, namun semua aktiviti berjalan berjalan dengan baik.  Aktiviti senamrobik hanya dijalankan dalam pusat internet kerana cuaca di luar tidak mengizinkan, tambahan lagi jumlah peserta yang sedikit. Namun itu... read more

INFO HARDDISK

13 October 2017 | Info Teknikal

APA TU HARDDISK ? Hard disk ini salah satu komponen untuk menyimpan DATA. Ia juga merupakan salah satu komponen yang dipasang di dalam komputer dan laptop dengan tujuan untuk menyimpan data yang lebih banyak berbanding DVD mahupun pendrive. TANDA-TANDA HARDDISK ROSAK Harddisk kamu berbunyi  Apabila kamu memindahkan data, komputer atau laptop hang. Data dalam harddisk tiba-tiba hilang.  Komputer atau laptop tidak dapat mengesan harddisk. Apabila plug in pada komputer atau laptop, system akan hang. Komputer kamu akan mengambil masa yang lama untuk shutdown atau booting. Jika kamu melakukan proses copypaste, ianya mengambil masa yang terlalu lama. Satu error akan keluar pada blank screen.   PUNCA KEROSAKAN... read more

PROFIL ADRIANA WATSON

12 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                                                                                                                     Nama beliau adalah Puan Adriana Watson dilahirkan pada 13 Feb 1984 dan berumur 33 tahun. Berasal dari Tenghilan, Tuaran dan telah menetap di Donggongon, Penampang mengikut suami. Puan Adriana  mempunyai lima orang adik beradik dan beliau... read more

PROFIL OLUNDUS MATOD BRIDAL

12 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Olundus Matod Bridal merupakan perusahaan milik Puan Felicia, yang juga merupakan pengusaha Bbin Bakery. Olundus menyediakan perkhidmatan sewaan pakaian pengantin dan juga dekorasi sebarang majlis. Bagi memantapkan lagi kemahiran dan melengkapkan pakej perkhidmatan Olundus, Puan Felicia mengambil inisiatif sendiri dengan menyertai bengkel dan kursus kecantikan. Ini akan memudahkan pasangan yang ingin berkahwin dalam mendapatkan pakej lengkap. Pakej perkahwinan Olundus Matod Bridal turut mempunyai perkhidmatan katering dan kek, kuih-muih dan banyak lagi mengikut permintaan pelanggan. Promosi beliau dalam media sosial terutamanya Facebook diharapkan dapat meningkatkan lagi permintaan terhadap perkhidmatan Olundus. Puan... read more

PROFIL QUIREN HENRY (AGEN SAH SABUN MADU KELULUT)

12 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Quiren Henry, 20 tahun, merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Pada mulanya hanya menjadi pengguna kepada produk sabun madu kelulut bersama ahli keluarganya. Tetapi setelah merasai kebaikan produk tersebut, dan adanya testimoni kebaikan dan manfaat produk tersebut, beliau telah menjadi agen sah bagi produk tersebut. Medium promosi Puan Quiren adalah Facebook dan Whatsapp serta Instagram. Setiap kali mendapat respon menggalakkan dari pengguna yang membeli darinya, beliau akan post (testimoni) dalam Facebook. Dari situlah akan menambah lagi jumlah permintaan dari pelanggan yang memerlukan kebaikan sabun madu kelulut ini. Terkini Puan Quiren mendapatkan... read more

MESYUARAT KLUSTER A Q3_2017

10 October 2017 | Berita Terkini

Pada 10hb Oktober lalu, semua pengurus pusat internet 1Malaysia dari Kluster A telah menghadiri satu mesyuarat yang bertempat di Pusat Internet 1Malaysia KPLOKU, Kimanis. Objektif mesyuarat adalah untuk membincangkan pencapaian dan permasalahan yang dihadapi oleh setiap pusat internet. Laporan kemajuan semasa pusat internet juga turut dibincangkan. Perkara berbangkit lain yang turut dibincangkan adalah perihal Mycomms, peserta program USM, klustering pusat internet dan juga berhubung perjalanan audit semasa. Perkongsian kisah kejayaan usahawan turut diadakan oleh Cik Arbaya Angin, pengurus PI1M Pekan Puterajaya yang mana usahawan hasil didik beliau, Puan Eriy Dusun... read more

PENGGAMBARAN VIDEO MENARIK DI PENAMPANG

07 October 2017 | Berita Terkini

Penggambaran video Menarik Di Penampang kali ini bertemakan Bahasa Kadazandusun, apakah perkataan dalam Bahasa Kadazandusun yang sering digunakan dalam pertuturan seharian. Lokasi penggambaran adalah di sekitar Tamu dan Pekan Donggongon yang mana majoriti pengunjung dan peniaga terdiri dari suku kaum ini. Selain membuat penggambaran, krew Menarik Di Penampang turut membuat promosi Like Page Menarik Di Penampang. ... read more

MESYUARAT MENARIK DI PENAMPANG

07 October 2017 | Berita Terkini

Baru-baru ini, Menarik Di Penampang telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan aktiviti seterusnya sebagai pengisian Page Menarik Di Penampang. Mesyuarat yang diadakan pada Hari Cuti Kelepasan Am ini bertujuan untuk melibatkan dan mendedahkan para penolong pengurus PI1M perjalanan suatu penggambaran video. Ini termasuklah membincangkan perkara yang harus dibuat bagi mendapatkan informasi yang diperlukan. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Pengurus dari PI1M Pekan Babagon, Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kampung Inobong, Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kampung Nosoob dan Pengurus PI1M Kampung Kopimpinan. Mesyuarat kali ini memutuskan untuk mengadakan penggambaran... read more