INFO HARDDISK

13 October 2017 | Info Teknikal

APA TU HARDDISK ?

  • Hard disk ini salah satu komponen untuk menyimpan DATA. Ia juga merupakan salah satu komponen yang dipasang di dalam komputer dan laptop dengan tujuan untuk menyimpan data yang lebih banyak berbanding DVD mahupun pendrive.


TANDA-TANDA HARDDISK ROSAK

  • Harddisk kamu berbunyi 
  • Apabila kamu memindahkan data, komputer atau laptop hang.
  • Data dalam harddisk tiba-tiba hilang. 
  • Komputer atau laptop tidak dapat mengesan harddisk.
  • Apabila plug in pada komputer atau laptop, system akan hang.
  • Komputer kamu akan mengambil masa yang lama untuk shutdown atau booting.
  • Jika kamu melakukan proses copypaste, ianya mengambil masa yang terlalu lama.
  • Satu error akan keluar pada blank screen.

 

PUNCA KEROSAKAN HARDDISK YANG KAMU HARUS AMBIL TAHU;

  • Komputer atau laptop tidak di matikan dengan cara yang betul.
  • Kerap melakukan formatting pada harddisk.
  • Harddisk terlalu panas.
  • Harddisk jatuh atau terhentak dengan benda yang keras.
  • Bekalan power pada harddisk tidak mencukupi.
  • Power pada harddisk di putuskan secara tiba-tiba