BENGKEL KECANTIKAN LASOUL

14 October 2017 | Berita Terkini

Satu bengkel kecantikan telah diadakan di PI1M Pekan Babagon. Bengkel ini bertujuan memperkenalkan produk La Soul kepada komuniti setempat. Pengisian bengkel adalah pengenalan kepada produk, demo kecantikan dan juga pelan pemasaran produk. Bengkel ini bukan sahaja membantu dan mengajar peserta tentang penggunaan produk yang sesuai dengan kulit wajah masing-masing, malah membimbing peserta yang berminat asas memulakan perniagaan berasaskan produk kecantikan. Bengkel ini dilaksanakan dengan bantuan 1Million Group (1MG) yang terdiri daripada Cik Cynthia Jintian, Cik Nicole Blanche, En Stanley Stephen, Puan Adriona dan juga Puan Scholastica. Seramai sembilan orang peserta telah turut serta dalam bengkel ini. Pada penghujung bengkel, satu taklimat ringkas mengenai portal sebenarnya.my telah diadakan oleh pengurus pusat internet. Ini adalah sebagai informasi kepada peserta tentang kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan.