PERTANDINGAN CAPAN DAN KOLAJ

17 October 2017 | Berita Terkini

15HB October 2017, bertempat PI1M Pekan Babagon telah menganjurkan satu pertandingan yang berbentuk Capan dan Kolaj. Pertandingan ini dihadiri oleh ahli-ahli PI1M yang berdaftar sahaja. Seramai 27 orang telah mengikuti pertandingan ini.

Terlebih dahulu kita huraikan maksud Kolaj, Lukisan Kolaj bermaksud memotong sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas warna atau surat khabar. Kolaj juga boleh dibuat dengan mengoyak atau mengunting kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. 
Ia boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti tampal gambar foto atau dari cetakan majalah disusun atau ditindih. Kita juga boleh menggunakan pelbagai jenis bahan untuk ditampal keatas kertas lukisan mengikut keativiti sendiri. Perserta boleh menggunakan pelbagai warna atau satu warna untuk menghasilkan kolaj. Ahli PI1M seronok membuat Kolaj. 

Teknik Capan pula adalah Objektif utama teknik ini adalah untuk memupuk minat and kreativiti individu dalam menghasilkan kerja seni visual dengan menggunakan bahan semula jadi. 

Capan ialah sejenis teknik megecap dengan menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza berbanding dengan cetakan kerana ia tidak memerlukan blok cetakan. Contoh bahan yang boleh digunakan adalah seperti cap jari atau kaki, cap tangan atau tapak kaki, bendi, dahan buah betik, peria, bawang, daun bunga-bungaan dan buah belimbing. Sayuran seperti kentang dan lobak juga boleh diguna dalam teknik capan. Ukiran boleh dibuat berdasarkan kreativiti and kemahiran individu. Pelbagai corak boleh diperolehi melalui teknik ini.
Dalam process ini, individu haruslah berhati-hati semasa menggunakan pisau untuk memotong dan jaga kebersihan supaya hasil seni tidak terlalu kotor. 

Akhir pertandingan seramai 8 perserta yang mendapat hadiah dengan teknik capan dan kolaj yang kreatif.