JELAJAH JUNIOR BIJAK ICT

25 October 2017 | Berita Terkini

Program Jelajah Junior Bijak ICT pada kali ini telah diadakan di Tadika Kemas Kampung Inobong. PI1M Pekan Babagon dan PI1M Kampung Inobong telah bersama-sama dalam program pada kali ini. Tujuan utama adalah untuk memperkenalkan pusat internet kepada pelajar di tadika tersebut, di samping memberi pendedahan tentang baik dan buruk yang ada di internet. Pengisian bagi program ini termasuklah memperkenalkan Netbook 1Malaysia, penggunaan aplikasi ABC Kid Genius, MsWord sebagai medium menaip. Kehadiran pengurus-pengurus pusat internet telah disambut oleh Cikgu Aminah, guru yang mengajar di tadika tersebut. Pada penghujung program yang berlangsung selama dua jam itu, Cikgu Aminah menyatakan tentang mengadakan aktiviti lawatan ke pusat internet yang berdekatan terutamanya PI1M Kampung Inobong yang terletak kira-kira 200 meter dari tadika. Selain itu, beliau turut menyatakan hasrat untuk mengadakan aktiviti seumpama ini pada tahun akan datang bersama pusat internet.