PROFIL SYLISH DETOX

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Saya Puan Lasina, merupakan seorang pengusaha produk kesihatan. Produk kesihatan terbaru yang saya mula usahakan empat bulan kebelakangan ini ialah terapi rendaman kaki ionik yang mana bertujuan menyahtoksin badan kita. Kedai saya terletak berhampiran dengan pusat internet 1Malaysia Babagon. Menjadi satu bonus kepada saya di sini kerana saya akan dapat belajar promosi perniagaan saya melalui kelas keusahawanan yang diadakan di pusat internet tersebut.