PROFIL FAINY LINUS

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Saya Puan Fainy, merupakan penduduk di Kampung Babagon, dan saya menjalankan aktiviti yang berasaskan produk tani. Saya menjual hasil tani dari kebun saya sendiri dan ada juga yang diborong dari pekebun-pekebun di sekitar Kampung Babagon. Selain buah-buahan dan sayuran, saya juga menjual bibit tanaman seperti bibit nenas, serai dan lengkuas. Ada kalanya saya membekalkan hasil tani saya kepada para pemborong yang memerlukan. 

Impian saya pada masa akan datang ialah, mendapatkan kenderaan sendiri, bagi memudahkan memasarkan hasil tani ke pekan tanpa memerlukan orang tengah atau pemborong. Dengan adanya kenderaan ini, saya percaya pendapatan saya akan menjadi lebih baik berbanding mengharapkan kewujudan orang tengah.