PROFIL PUAN MALIANA TUGING

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Saya merupakan salah seorang pengusaha hasil pertanian yang menjalankan perniagaan di Gerai Tamu Babagon. Produk utama saya adalah hasil pertanian setempat seperti buah nenas, bibit nenas, halia, serai dan lengkuas. Pada musim buah-buahan pula, saya menjual pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis, langsat, mangga dan banyak lagi. Produk sampingan yang saya jual pula termasuklah jeruk tuhau, jeruk sayur dan jeruk ikan. 

Saya bermula dengan kegiatan pertanian di mana saya mengusahakan kebun sendiri dan apabila kebun saya mengeluarkan hasil, secara tidak langsung saya terlibat dengan aktiviti menjual.