PROFIL ARAMAI TI SOUND

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Saya Julius Linus dan berasal dari Kampung Babagon. Walaupun mempunyai pekerjaan tetap, ini tidak menghalang saya untuk melakukan perkara lain yang boleh mendatangkan hasil kepada saya dan keluarga. Atas sebab minat dengan bidang hiburan, saya telah melabur dalam pembelian set sound system dan karaoke. Perniagaan sampingan saya, ARAMAI TI SOUND menyediakan perkhidmatan sound system  untuk sebarang acara keramaian. Saya mula menceburi bidang ini sejak pertengahan 2015 dan sambutan amat menggalakkan. Facebook merupakan media sosial yang saya jadikan medium promosi perkhidmatan saya. Dengan adanya perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar oleh PI1M Pekan Babagon, adalah mudah bagi saya untuk mengadakan promosi.