PROFIL EKO PELANCONGAN TAGAL TINOPIKON

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Saya Puan Regina Gingot dan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Eko Pelancongan Tagal Tinopikon. Saya bersama-sama dengan komuniti di sekitar Kampung Notoruss telah mengambil inisiatif daripada apa yang kami lihat dalam lawatan kami ke Pusat Fish SPA Luanti Ranau. Ini kerana persekitaran kampung kami yang memiliki sumber semulajadi yang boleh diusahakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

     

Produk pelancongan kami termasuklah Fish SPA, hiking, homestay, aktiviti permainan tradisional, masakan tradisi dan juga persembahan alat musik tradisi serta persembahan tarian.