PROFIL GERAI MAKAN & MINUM TOKOU

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Saya, Puan Florina Abbie. Saya pada mulanya menjalankan perusahaan Gerai Makan Dan Minum Tokou ini di kampung dan secara sambilan sahaja. Namun sejak mendapat tempat di Kedai Babagon pada 3/9/2010, saya mula menjalankan perusahaan secara sepenuh masa. Perusahaan ini adalah milikan keluarga saya, dan pekerja adalah terdiri daripada ahli keluarga sahaja. 

    Saya turut menyediakan katering bagi mana-mana individu yang memerlukan perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman. Saya berkecimpung dalam bidang ini kerana minat saya terhadap bidang memasak. Impian saya selama berada dalam bidang ini ialah saya ingin mempromosi makanan tradisi dan menaiktaraf kedai untuk keselesaan pelanggan.