PROFIL PERTUKANGAN BESI BABAGON

22 December 2016 | Kisah Kejayaan

Saya Paulus Andreas berasal dari Kampung babagon. Saya merupakan pengusaha parang dan peralatan berasaskan besi. Saya mewarisi pertukangan besi ini daripada bapa saya, yang mana beliau juga mewarisinya daripada bapanya, iaitu datuk saya. Pertukangan Besi Babagon bermula sejak bapa saya masih muda lagi dan mula bergiat dengan lebih aktif pada tahun 1980-an. Saya menyediakan produk siap parang dan peralatan pertanian mengikut keperluan pelanggan. Saya juga membuat parang untuk hiasan dan cenderakenangan serta membaikpulih parang dan peralatan besi.

Saya mewarisi perusahaan ini daripada bapa saya, kerana saya meminati bidang ini. Buat masa ini hanya ada dua orang pekerja dalam perusahaan ini. Saya menjalankan perusahaan ini di premis yang terletak di Kampung Babagon. Impian saya untuk perusahaan saya pada masa akan datang ialah, saya ingin mendapatkan premis yang lebih selesa, penukul elektrik dan juga peralatan untuk kemudahan proses ukiran kayu.