CHRISTMAS COLORING COMPETITION

23 December 2016 | Berita Terkini

Pada 02hb Dis 2016, satu pertandingan mewarna telah diadakan dengan tema Krismas. Aktiviti ini mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar dan  pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini telah memberi output yang sangat memuaskan.

Selain mengisi masa lapang mereka pada musim cuti sekolah ini, pertandingan ini juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah untuk mencungkil bakat terpendam mereka dalam bidang seni.

Seramai sepuluh orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Pemenang bagi Pertandingan ini adalah  Jonathan (tempat pertama), Darren (tempat kedua) dan Syelventcol (tempat ketiga). Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Hasil karya mereka dijadikan hiasan Hari Krismas di dalam PI1M.