Mengenai Pusat Internet

MAKLUMAT PUSAT INTERNET PEKAN BABAGON, PENAMPANG

Pusat Internet Pekan Babagon merupakan salah satu kemudahan yang terdapat di Kampung Babagon, Penampang. Kemudahan ini merupakan satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Inisiatif ini direalisasikan oleh Celcom Axiata Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan kerjasama Nusuara Technologies Sdn Bhd. Matlamat program PPS adalah memberi perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luarbandar, selaras dengan matlamat kerajaan iaitu untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dengan masyarakat luarbandar.

Selain itu, pembinaan pusat internet di kawasan luarbandar juga bertujuan untuk menjadikan pusat internet sebagai pusat kecemerlangan di mana ianya dijadikan sebagai pusat pembelajaran tidak formal dalam bidang ICT. Kelas dan bengkel ICT dijalankan secara percuma kepada ahli yang berdaftar dengan pusat internet.

WAKTU OPERASI
Isnin – Ahad
8:00 pagi – 5:00 petang
Tutup – Cuti Umum

KELENGKAPAN DALAM PUSAT INTERNET (PI)
20 buah komputer desktop dengan Monitor LCD 19”
Alat Pencetak – berwarna dan hitam putih
Alat Pengimbas
Alat Laminating
Projektor LCD
WIFI/ Kampung Tanpa Wayar (KTW)
TV TOSHIBA 42” 

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN PUSAT INTERNET
Kelas komputer/ ICT (Percuma kepada ahli)
Perkhidmatan Menaip
Mencetak
Mengimbas
Penyewaan bilik ICT 

KELAS KOMPUTER/ ICT
Microsoft Office Words 2010
Microsoft Office Excel 2010
Microsoft Office Power Point 2010
E-Aplikasi
Keusahawanan 

SENARAI HARGA PERKHIDMATAN

ITEM

JUMLAH MUKA SURAT

AHLI

BUKAN AHLI

Mencetak Hitam Putih

1 - 5

RM 0.40

RM 0.70

*Kertas A4

6 ke atas

RM 0.20

RM 0.50

 

Mencetak Warna

1 - 5

RM 0.70

RM 1.00

*Kertas A4

6 ke atas

RM 0.50

RM 0.70

 

Fotokopi

1 - 5

RM 0.20

RM 0.50

 

*Kertas A4

6 ke atas

RM 0.10

RM 0.30

 

Mengimbas

Sekeping

RM 0.10

RM 0.30

 

Laminate

Saiz A4

Saiz IC

RM 2.00

RM 1.00

RM 2.50

RM 1.50


MAKLUMAT KOMUNITI KAMPUNG BABAGON, PENAMPANG

Sejarah Nama Kampung

Kampung Babagon telah diduduki sebelum Perang Dunia Kedua lagi dengan jumlah rumah pada ketika itu hanya lima buah. Keluarga terawal di kampung ini ialah keluarga Damani Modilong, keluarga Gilong Gundali, keluarga Ingkangu Unat, keluarga Pungkit Unat dan keluarga Lojimu. Menurut cerita (sumber dari Nenek Enip Unat) nama Kampung Babagon berasal dari seorang individu yang mempunyai banyak ketuat di badan. Ketuat Dalam Bahasa Dusun adalah ‘babag’. Individu berketuat tersebut tinggal di kawasan sungai yang mana pada ketika itu, kampung ini menjadi persinggahan orang-orang dari sebelah pedalaman atas untuk berdagang di tamu-tamu sekitar Penampang. Orang-orang yang singgah di kampung ini akan mengambil kesempatan menjala ikan di sungai yang mereka tidak ketahui namanya. Mereka akan menjala hingga ke kawasan rumah individu yang berketuat. Apabila kawan-kawan mereka yang lain bertanya sampai mana mereka menjala, si penjala akan berkata dia sampai di rumah Si Berketuat (Si Babagon). Lama kelamaan sungai tersebut dipanggil Sungai Babagon. Ini telah membawa kepada penamaan kampung persinggahan ini kepada Kampung Babagon.

Maklumat Pusat Internet (PI) & Komuniti Kampung Babagon, Penampang

Lokasi

Kampung Babagon

UST Area

Pusat Internet Pekan Babagon

Daerah

Penampang

Negeri

Sabah

Populasi

1,130 orang (Data 2012/ 2013)

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian, perikanan air tawar, penternakan ayam kampung dan kerbau, serta pelancongan tagal.

Jumlah Keahlian

(Setakat 24/05/2018)

 

985 orang

Lat/ Long PI1M

5.90364/ 116.18560

Teknologi

Hub & Spoke - Microwave

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Mula Beroperasi

01/11/2013

Maklumat Pengurusan Pusat Internet (PI)

Pengurus

Nama : Emily Makaji

Email : emily@celcom1cbc.com

No. telefon : 019 5346040

 

Penolong Pengurus

Nama : Adriana Binti Watson

Email : adriana@celcom1cbc.com

No. telefon : 010-9497684

Website

http://www.celcom1cbc.com/babagon

Kampung Tanpa Wayar


1. Kg Babagon Hujung (Klinik Desa) – 12m KTW Pole

2. Kg Babagon Tengah – 12m KTW Pole

3. Kg Tampasak – 12m KTW Pole 

4. Pusat Internet Pekan Babagon - 20m CBC Tower