Ekonomi dan Keusahawanan

TEMPAT MENARIK DI KAMPUNG BABAGON DAN SEKITARNYA

Terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dilawati di Kampung Babagon dan sekitarnya. 

1. Pusat Rekreasi Tagal Babagon

         Merupakan daya tarikan utama untuk datang ke Kampung Babagon. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa 45 minit. Pusat rekreasi ini hanya terletak 300m dari jalan besar Jalan Penampang – Tambunan. Pengunjung boleh mandi di Sungai Babagon. Selain itu, bagi yang minat pada aktiviti memancing, boleh mengikuti aktiviti Pancing Dan Lepas dengan kadar bayaran tertentu.  Hanya ikan keli dan tilapia yang boleh diambil oleh pemancing. Ikan selain daripada itu harus dilepaskan semula ke habitatnya. 

Berikut adalah kadar bayaran yang dikenakan kepada para pengunjung di Pusat Rekreasi Tagal Babagon;

Bayaran masuk ke kawasan pusat rekreasi

  1. 15 tahun ke atas - RM2.00/ seorang
  2. 7 – 14 tahun - RM1.00/ seorang
  3. 6 tahun dan ke bawah - Percuma
Bayaran aktiviti Pancing Dan Lepas;
  1. 1 jam - RM15.00
  2. Pakej Sehari - RM75.00
  • Pengunjung boleh menghubungi Encik William Joti Johnioh di talian 013-8542331 untuk mengetahui lebih lanjut tentang pusat rekreasi ini. 
  • Untuk keterangan tentang aktiviti Pancing Dan Lepas boleh menghubungi Encik Paulus John di talian 014-5693476
  • Pengunjung boleh berkunjung ke http://pelancongantagalbabagon.blogspot.my/

2. Babagon Handicraft Centre (BHC)

  • BHC merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi oleh pengunjung dalam dan luar negeri. Lokasi BHC hanya di tepi Jalan Penampang – Tambunan, betul-betul di persimpangan menuju ke Pusat Rekreasi Tagal Babagon. 
  • BHC menyediakan tempat kepada individu yang minat mempelajari cara-cara membuat kraftangan bambu. BHC juga membekalkan cendera kenangan kraftangan kepada yang berminat. 
  • Alat muzik yang diperbuat dari bambu turut dihasilkan di sini.
  • Pengunjung boleh menghubungi Encik Dennis John, Pengerusi JKKK Kampung Babagon di talian 010-9599092 untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan BHC.  


3. Taman Tagal Tolungan Sosopon Notoruss Pinang/ 3TSNP

  • Taman 3TSNP terletak 1.5 kilometer dari Kampung Babagon. 
  • Dibuka pada 04/11/2012 dengan pembiayaan Champion’s Club Borneo 2012 dengan kerjasama Pacos Trust Dan Komuniti Kampung Notoruss.
  • Antara aktiviti yang boleh disertai di taman ini ialah SPA Ikan Pelian dengan bayaran sebanyak;
  1. RM5.00 – warganegara Malaysia
  2. RM10.00 – warganegara asing
  3. RM2.00 – bayaran baja ikan
  4. RM15.00 – aktiviti pancing dan lepas (untuk warganegara sahaja)
  • Bagi penggemar jungle trekking, boleh merasai pengalaman tersebut di taman ini di mana trek sejauh 8 kilometer yang merangkumi perjalanan menuju ke tempat bersejarah iaitu Batu Gondiran.

4. Taman Tagal Tinopikon

  • Tagal Tinopikon terletak 1 kilometer dari Kampung Babagon. Tagal ini menyediakan beberapa aktiviti sebagai daya tarikan kepada pengunjung untuk datang.
Antaranya ialah:
  • Melawat rumah-rumah kampung, dusun buah-buahan, demonstrasi menoreh getah, jungle tracking yang mana berakhir dengan aktiviti mandi-manda di air terjun, permainan tradisional, memberi makan ikan-ikan di sungai, foot massage, dan menikmati makanan yang dimasak menggunakan kayu api.
  • Pengunjung boleh menghubungi Puan Sokinim Guih di talian 011-15261385 untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Taman Tagal Tinopikon.  

5. Pasar Malam Kampung Babagon

  • Pasar Malam ini merupakan aktiviti ekonomi yang dilaksanakan bermula November 2016 lalu. 
  • Ianya diadakan pada minggu pertama setiap bulan dan diadakan secara bulanan dan mengikut budibicara pihak penganjur.
  • Pasar Malam ini mengumpul para usahawan dalam kawasan Zon Pertanian untuk menjalankan aktiviti ekonomi.
  • Antara barang jualan di Pasar Malam ini termasuklah hasil-hasil pertanian dan perikanan, makanan dan minuman, pakaian bundle dan banyak lagi.

Antara kegiatan ekonomi Komuniti Kampung Babagon pula ialah;

1. Penghasilan kraftangan dan alat muzik bambu.
2. Pertanian – penoreh getah, nenas, serai, lengkuas
3. Perikanan – ternakan ikan air tawar, ayam kampung, kerbau
4. Perusahaan gerai makanan secara kecil-kecilan
5. Perusahaan kedai jahitan dan butik pengantin berpakej.
6. Perusahaan membuat parang turun-temurun keluarga KK John Andreas Molinggun 
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.