Pelancongan & Rekreasi

PUSAT REKREASI TAGAL BABAGON

Merupakan daya tarikan utama untuk datang ke Kampung Babagon. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa 45 minit. Pusat rekreasi ini hanya terletak 300m dari jalan besar Jalan Penampang – Tambunan. Pengunjung boleh mandi di Sungai Babagon. Selain itu, bagi yang minat pada aktiviti memancing, boleh mengikuti aktiviti Pancing Dan Lepas dengan kadar bayaran tertentu.  Hanya ikan keli dan tilapia yang boleh diambil oleh pemancing. Ikan selain daripada itu harus dilepaskan semula ke habitatnya. 

 

Berikut adalah kadar bayaran yang dikenakan kepada para pengunjung di Pusat Rekreasi Tagal Babagon;

 

Bayaran masuk ke kawasan pusat rekreasi

15 tahun ke atas            - RM2.00/ seorang

7 – 14 tahun                  - RM1.00/ seorang

6 tahun dan ke bawah    - Percuma

 

Bayaran aktiviti Pancing Dan Lepas;

1 jam                - RM15.00

Pakej Sehari      - RM75.00

 

  • Pengunjung boleh menghubungi Encik William Joti Johnioh di talian 013-8542331 untuk mengetahui lebih lanjut tentang pusat rekreasi ini. 
  • Untuk keterangan tentang aktiviti Pancing Dan Lepas boleh menghubungi Encik Paulus John di talian 014-5693476
  • Pengunjung boleh berkunjung ke http://pelancongantagalbabagon.blogspot.my/

 

BABAGON HANDICRAFT CENTRE (BHC)

  • BHC merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi oleh pengunjung dalam dan luar negeri. Lokasi BHC hanya di tepi Jalan Penampang – Tambunan, betul-betul di persimpangan menuju ke Pusat Rekreasi Tagal Babagon. 
  • BHC menyediakan tempat kepada individu yang minat mempelajari cara-cara membuat kraftangan bambu. BHC juga membekalkan cendera kenangan kraftangan kepada yang berminat. 
  • Alat muzik yang diperbuat dari bambu turut dihasilkan di sini.
  • Pengunjung boleh menghubungi Encik Dennis John, Pengerusi JKKK Kampung Babagon di talian 010-9599092 untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan BHC.  


TAMAN TAGAL TOLUNGAN SOSOPON NOTORUSS PINANG (3TSNP)

  • Taman 3TSNP terletak 1.5 kilometer dari Kampung Babagon. 
  • Dibuka pada 04/11/2012 dengan pembiayaan Champion’s Club Borneo 2012 dengan kerjasama Pacos Trust Dan Komuniti Kampung Notoruss.
  • Antara aktiviti yang boleh disertai di taman ini ialah SPA Ikan Pelian dengan bayaran sebanyak;
  1. RM5.00 – warganegara Malaysia
  2. RM10.00 – warganegara asing
  3. RM2.00 – bayaran baja ikan
  4. RM15.00 – aktiviti pancing dan lepas (untuk warganegara sahaja)
  • Bagi penggemar jungle trekking, boleh merasai pengalaman tersebut di taman ini di mana trek sejauh 8 kilometer yang merangkumi perjalanan menuju ke tempat bersejarah iaitu Batu Gondiran.


TAMAN TAGAL TINOPIKON

  • Tagal Tinopikon terletak 1 kilometer dari Kampung Babagon. Tagal ini menyediakan beberapa aktiviti sebagai daya tarikan kepada pengunjung untuk datang.

Antaranya ialah:

  • Melawat rumah-rumah kampung, dusun buah-buahan, demonstrasi menoreh getah, jungle tracking yang mana berakhir dengan aktiviti mandi-manda di air terjun, permainan tradisional, memberi makan ikan-ikan di sungai, foot massage, dan menikmati makanan yang dimasak menggunakan kayu api.
  • Pengunjung boleh menghubungi Puan Sokinim Guih di talian 011-15261385 untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Taman Tagal Tinopikon.  


BABAGON RIVERSIDE LODGE (BRL)

  • Terletak di Kampung Kibunut, kira-kira 2km Kampung Babagon.  BRL baru sahaja beroperasi pada 1hb Julai 2016. 
  • Person In Charge yang boleh dihubungi untuk ke tempat ini ialah Encik Calvin di talian 012-8042177.
  • Terdapat kemudahan tempat tinggal, pondok rehat, kawasan barbeku dan kolam mandi, selain mandi-manda di Sungai Moyog.
  • Mempunyai kemudahan dewan mini bagi mereka yang ingin membuat majlis.


DIANA HOMESTAY & KAMAGI RIVER/HILL

  • Terletak 3km dari Kampung Babagon
  • Dimiliki oleh Puan Diana dan keluarga. 
  • Tempat ini amat sesuai untuk dijadikan tempat beriadah bersama seisi keluarga kerana mempunyai penginapan yang selesa dan harga yang berbaloi serta mempunyai kawasan yang luas untuk anak-anak bermain basikal.
  • Terdapat juga bukit untuk diterokai oleh mereka yang gemar pada aktiviti hiking
  • Pondok-pondok juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. Terdapat juga mini dewan yang boleh disewa bagi mereka yang ingin mengadakan acara atau majlis. 
  • Set karaoke juga ada disediakan pada pengunjung yang memerlukan. 
  • Boleh hubungi talian berikut untuk sebarang pertanyaan - 012-8492878/ 088-710607.


KAMAGI RIVERSIDE

  • Kamagi Riverside  dimiliki Encik Martin Moukum, dan terletak hanya bersebelahan dengan Diana Homestay & Kamagi River/ Hill.
  • Beliau juga menawarkan homestay bagi yang mahu menikmati kehidupan kampung. 
  • Beliau mempunyai rumah penginapan ala-ala dorm yang boleh memuatkan 10 orang dengan kadar sewa RM160 per malam. 
  • Terdapat juga mini dewan, pondok, kawasan barbeku dan dapur untuk kemudahan pengunjung. 
  • Boleh hubungi En Martin untuk sebarang pertanyaan di talian 016-8378713


TAMAN DOLIME

  • Terletak 2.5km dari Kampung Babagon.
  • Taman ini dimiliki oleh Encik Dolime dan diusahakan bersama-sama isterinya Puan Melia. 
  • Di Taman Dolime terdapat replika-replika manusia, tumbuhan dan juga haiwan. 
  • Bezanya dengan pusat pelancongan yang ada di Kampung Kibunut ialah ianya tidak mempunyai tempat penginapan, namun pengunjung boleh berkhemah di sini. 
  • Boleh hubungi 019-5371711 atau 088-703221 untuk sebarang pertanyaan.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.