Berita & Aktiviti Terkini

Profile Usahawan Julai

29 July 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                                                Untuk kisah kejayaan pada kali ini, pihak Pusat Interent 1 Malaysia Kg. Balung Cocos akan mengetengahkan seorang lagi usahawan yang mengusahakan produk berasaskan makanan ringan iaitu Puan Normila Binti House. Beliau menjalankan perniagaan ini sejak 10 tahun yang lalu dengan bermula menjual keropok lekor dan lama-kelamaan perniagaan beliau telah berkembang dengan pelbagai lagi hasil produknya seperti, kerepek pisang, kerepek ubi sambal dan masin, kerpoko lekor dan keropok... read more

Hari Terbuka PI1M Balung Cocos

29 July 2017 | Berita Terkini

                                                     29 Julai 2017 (Sabtu), PI1M Kg. Balung Cocos telah menjalankan Hari Terbuka Sempena hari ulangtahun PI1M yang keempat. Selain dapat mengeratkan silaturahim bersama ahli-ahli Pi1M tujuan Hari Terbuka ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya di sekitar akwasan Balung tentang kehadiran PI1M serta tujuan dan fungsinya. Setelah 4 tahun beroperasi PI1M Kg. Balung telah membantu ramai golongan usahwan untuk mempromosikan produk mereka dan membangunkan ekonomi... read more

Bengkel Latihan Keusahawanan Membuat Mee

29 July 2017 | Berita Terkini

                                      Pada 20 Julai 2017 (Khamis), Pi1M Tawau telah menganjurkan satu Bengkel Keusahawanan latihan asas membuat Mee Kuning yang diadakan secara percuma kepada komuniti sekitar Pi1M Tawau. Bengkel keusahawanan ini bermula  pada pukul 8.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 4.30 petang dengan menjemput Puan Siti Nursakinah binti Abdullah sebagai tenaga pengajar bagi menunjukkan cara-cara untuk membuat mee kuning dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapati. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menunjukkan langkah-langkah... read more

Program Inikan Raya

29 July 2017 | Berita Terkini

                                                         PI1M Kg. Balung Cocos telah mengadakan Inikan Raya “KDB Treasure Hunt” pada 15 Julai 2017 (Sabtu) bersempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung. Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk memeriahkan lagi sambutan suasana Hari Raya Aidilfitri di PI1M Kg. Balung Cocos. Program ini di jalankan pada setiap tahun dan bermula seawal jam 9.00 pagi dengan pelbagai kuiz berkaitan Klik dengan bijak di sajikan kepada pada pengunjung... read more

Rumah Terbuka Pi1M

29 July 2017 | Berita Terkini

                                              Pada 13 Julai 2017 (Khamis), kerjasama Pi1M Tawau telah mengajurkan satu program Teratak Aidilfitri : Rumah Terbuka Raya yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kakitangan Pi1M Tawau dan komuniti sekitar Tawau. Program Teratak Aidilfitri ini telah diadakan di Pi1M PPR Taman Sri Balung yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 8.00 malam. Program ini telah dihadiri oleh kakitangan Pi1M Tawau dan... read more

Kisah Kejayaan Jun

23 June 2017 | Kisah Kejayaan

                    Adik Hairum Shah Bin Azis merupakan salah seorang ahli PI1M Kg. Balung Cocos yang rajin dan aktif. Beliau yang berumur 13 tahun dan tinggal di Kg. Balung Cocos, sering mengunjungi PI1M untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang teknologi maklumat walaupun tempat tinggalnya sejauh 1 kilometer dari PI1M Balung Cocos. Kesungguhannya untuk belajar dan mengikuti kelas ICT yang dijalankan harus dijadikan contoh teladan yang baik. Beliau pada asalanya hanya suka-suka untuk menghadirkan diri menghadiri kelas-kelas ICT yang dijalankan dengan tujuan untuk menambahkan... read more

Profile Usahawan Tempatan Jun

23 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                Untuk kisah kejayaan pada kali ini, PI1M Kg. Balung Cocos mengetengahkan seorang lagi usahawan iaitu En Rakie Nahi yang menjalankan perkhidmatan pembersihan memotong rumput di sekitar kawasan Kg. Balung Cocos. Beliau menjalankan perkhidmatan ini sejak 15 tahun yang lalu kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk sekitarnya di samping perkhidmatan yang terbaik di berikan. Selain menjalankan perkhidmatan memotong rumput, beliau juga menanam bunga dan menerima tempahan untuk membuat rumah atau membaiki rumah terutamanya di sekitar kawasan Balung. Beliau menjalankan perniagaan ini kerana ingin menambah pendapatan... read more

Program Amal Ramadhan

23 June 2017 | Berita Terkini

                                                      Pada 20 Jun 2017 (Selasa), telah diadakan satu program Amal Ramadhan bersama Ahli dan Komuniti Pi1M Kg. Merotai Besar dengan kerjasama Pi1M Tawau yang bertempat di Pi1M kg. Merotai Besar dan kawasan sekitar Kg. Merotai Besar, Tawau bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia. Program amal ini telah dianjurkan dengan kerjasama dari 7 buah Pi1M Tawau. Tujuan utama program amal ini diadakan adalah untuk memeriahkan... read more

Deko Raya Aidilfitri

23 June 2017 | Berita Terkini

                                              PI1M Kg. Balung Cocos telah mengadakan Program Deko Raya pada 17 Jun 2017 (Sabtu) bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal berlangsung pada penghujung bulan Jun ini. Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk memeriahkan lagi sambutan suasana Hari Raya Aidilfitri di PI1M Kg. Balung Cocos. Program ini di jalankan pada setiap tahun dan deko raya ini disertai oleh ahli Pi1M dan juga staff yang terlibat. Semasa program ini berlangusung pelbagai... read more

Jom Cantik Bersama Mary Kay

23 June 2017 | Berita Terkini

                                    Pada 04 Jun 2017 (Ahad), Pi1M Tawau dengan kerjasama daripada pihak Mary Kay daerah Tawau telah mengajurkan satu program Keusahawanan dan Kecantikan yang dinamakan sebagai “Jom Cantik Bersama Mary Kay”. Program ini telah diadakan di Balai Raya Kampung Batu Payung. Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pengguna berkenaan dengan tips kesihatan dan penjagaan kulit  serta mempelajari sedikit sebanyak tips keusahawanan melalui penjualan produk Mary Kay. Program yang berlangsung pada... read more

lagi berita & aktiviti