Berita Terkini

Profile Usahawan Ogos

30 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

            Untuk kisah kejayaan pada kali ini, pihak Pusat Interent 1Malaysia Kg. Balung Cocos akan mengetengahkan seorang lagi usahawan yang mengusahakan produk berasaskan makanan iaitu Puan Suzalina Binti Innaleah yang menjalankan perniagaan menjual satay. Beliau menjual pelbagai jenis satay termasuk satay ayam, satay daging, satay kambing, kepak ayam dan juga lontong dan berniaga di kiosk Sedap Corner Balung. Beliau telah berniaga di sana sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu sehingga sekarang dan juga menjual satay sejuk beku yang mendapat permintaan daripada kawasan Tawau, Kunak, Lahad Datu dan... read more

Bengkel Agrobazaar Online FAMA

29 August 2017 | Berita Terkini

         Pada 28 & 29 Ogos 2017 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutian (FAMA) telah mengadakan bengkel Agrobazaar Online di Pusat Interent 1 Malaysia Kg. Balung Cocos. Program ini dijalankan dengan tujuan membantu usahawan tempatan dalam mempromosikan produk-produk mereka yang berasaskan agro secara dalam talian melalui portal Agrobazaar yang dikelolakan oleh pihak FAMA.        Program tersebut berlangsung selama 2 hari yang mana pada hari pertama di hadiri oleh staff Pusat Interent 1Malaysia di kawasan Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan juga Pitas dan bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada... read more

Bengkel Asas Makeup

29 August 2017 | Berita Terkini

              Pada 20 Ogos 2017 (Ahad), Pi1M Tawau dengan kerjasama make up-artis (MUA) Pn.Noraini Binti Irwan telah menganjurkan satu program keusahawanan dan kecantikan yang di namakan “Basic make up class”. Program ini telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kg Pasir Putih. Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang ahli pi1m terutamanya kaum suri rumah dan belia wanita yang tidak bekerja bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan. Dengan adanya kelas latihan yang diberikan, golongan tersebut boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi juru solek... read more

Program Kemerdekaan

29 August 2017 | Berita Terkini

         19 Ogos 2017 yang lalu bersamaan dengan hari sabtu Pi1M Kg. Balung Cocos telah menjalankan Program sempena Bulan Kemerdekaan. Tujuan program bulan kemerdekaan ini di jalankan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan menghargai perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu yang berjuang bermati-matian demi membebaskan diri daripada penjajah sehinggalah mencapai kemerdekaan.             Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dimulakan dengan pertandingan mewarna yang diikuti daripada pelbagai lapisan umur dan para peserta dengan semangat patriotisme mewarna bendera Malaysia dengan sungguh berwarna warni mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti diteruskan dengan pertandingan Kuiz Kemerdekaan... read more

Bengkel Keusahawanan “Video Smartphone”

29 August 2017 | Berita Terkini

Pada 13 Ogos 2017, telah berlangsung satu bengkel keusahawanan Video (Smartphone). Program ini adalah program pertama untuk bulan ogos 2017 dan atas anjuran program gabungan Pi1m sekitar Tawau. Ianya telah dihadiri seramai 12 orang peserta terdiri daripada komuniti sekitar dan para AJK Pi1m PPR Taman Sri Titingan. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan akan kelebihan menggunakan VLOG di samping dapat menjana pendapatan melalui (Subscribers), (Ads) dan kemahiran membikin video menggunakan (smartphone).             Bermula pada pukul 9.00 pagi, para peserta mula datang dan mengisi borang kehadiran untuk bengkel ini manakala pada pukul... read more

Profile Usahawan Julai

29 July 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                                                Untuk kisah kejayaan pada kali ini, pihak Pusat Interent 1 Malaysia Kg. Balung Cocos akan mengetengahkan seorang lagi usahawan yang mengusahakan produk berasaskan makanan ringan iaitu Puan Normila Binti House. Beliau menjalankan perniagaan ini sejak 10 tahun yang lalu dengan bermula menjual keropok lekor dan lama-kelamaan perniagaan beliau telah berkembang dengan pelbagai lagi hasil produknya seperti, kerepek pisang, kerepek ubi sambal dan masin, kerpoko lekor dan keropok... read more

Hari Terbuka PI1M Balung Cocos

29 July 2017 | Berita Terkini

                                                     29 Julai 2017 (Sabtu), PI1M Kg. Balung Cocos telah menjalankan Hari Terbuka Sempena hari ulangtahun PI1M yang keempat. Selain dapat mengeratkan silaturahim bersama ahli-ahli Pi1M tujuan Hari Terbuka ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya di sekitar akwasan Balung tentang kehadiran PI1M serta tujuan dan fungsinya. Setelah 4 tahun beroperasi PI1M Kg. Balung telah membantu ramai golongan usahwan untuk mempromosikan produk mereka dan membangunkan ekonomi... read more

Bengkel Latihan Keusahawanan Membuat Mee

29 July 2017 | Berita Terkini

                                      Pada 20 Julai 2017 (Khamis), Pi1M Tawau telah menganjurkan satu Bengkel Keusahawanan latihan asas membuat Mee Kuning yang diadakan secara percuma kepada komuniti sekitar Pi1M Tawau. Bengkel keusahawanan ini bermula  pada pukul 8.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 4.30 petang dengan menjemput Puan Siti Nursakinah binti Abdullah sebagai tenaga pengajar bagi menunjukkan cara-cara untuk membuat mee kuning dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapati. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menunjukkan langkah-langkah... read more

Program Inikan Raya

29 July 2017 | Berita Terkini

                                                         PI1M Kg. Balung Cocos telah mengadakan Inikan Raya “KDB Treasure Hunt” pada 15 Julai 2017 (Sabtu) bersempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung. Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk memeriahkan lagi sambutan suasana Hari Raya Aidilfitri di PI1M Kg. Balung Cocos. Program ini di jalankan pada setiap tahun dan bermula seawal jam 9.00 pagi dengan pelbagai kuiz berkaitan Klik dengan bijak di sajikan kepada pada pengunjung... read more

Rumah Terbuka Pi1M

29 July 2017 | Berita Terkini

                                              Pada 13 Julai 2017 (Khamis), kerjasama Pi1M Tawau telah mengajurkan satu program Teratak Aidilfitri : Rumah Terbuka Raya yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kakitangan Pi1M Tawau dan komuniti sekitar Tawau. Program Teratak Aidilfitri ini telah diadakan di Pi1M PPR Taman Sri Balung yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 8.00 malam. Program ini telah dihadiri oleh kakitangan Pi1M Tawau dan... read more