Profile Usahawan Oktober

28 October 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Pada bulan Oktober 2016 ini, PI1M Kg. Balung Cocos mengetengahkan seorang lagi usahawan wanita iaitu Pn Saadiah Binti Tuing. Puan Saadiah merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan produk berasaskan makanan ringan iaitu kerepek pisang dan kerepek ubi sambal masin dan manis. Selain itu, beliau kini telah menambah lagi produknya iaitu karipap sejuk beku. Beliau mula menjual karipap sejuk beku ini pada bulan ogos yang lalu kerana mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan penduduk setempat Kg. Balung Cocos. Disebabkan karipap sejuk bekunya sangat sedap murah dan unik, permintaan terhadap produknya mendapat sambutan yang tinggi. Beliau membuat sendiri karipap tersebut dan berlokasi di Kg. Balung Cocos. Diharapkan beliau akan terus menambahkan lagi idea-idea untuk mempelbagaikan produknya pada masa akan datang.