Kisah Kejayaan Celik IT November

25 November 2016 | Kisah Kejayaan

Pn Norpaisah Binti Junaidi merupakan salah seorang ahli PI1M Kg. Balung Cocos yang rajin dan aktif. Beliau yang berumur 30 tahun dan tingal di Teck Guan, Kunak sering mengunjungi PI1M untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang teknologi maklumat walaupun tempat tinggalnya sejauh 20 KM dari PI1M Balung Cocos. Kesungguhannya untuk belajar dan mengikuti kelas ICT yang dijalankan harus dijadikan contoh teladan yang baik.

Dia yang merupakan seorang suri rumah tidak mengetahui mengenai teknologi maklumat kerana tempat tingal beliau sangat jauh dari kawasan bandar sehingga diberikan pendedahan awal melalui kelas-kelas ICT yang dijalankan di PI1M Kg. Balung Cocos. Beliau pada asalanya hanya suka-suka untuk menghadirkan diri menghadiri kelas-kelas ICT yang dijalankan dengan tujuan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuannya, dan lama-kelamaan berminat dalam bidang tersebut.

Kemudahan yang disediakan oleh PI1M digunakan dengan sepenuhnya oleh Pn Norpaisah untuk menambahkan lagi pengetahuannya. Beliau sangat berminat untuk menggunakan medium ICT sebagai sebagai tempat untuk belajar kerana beliau sentiasa menggunakan medium ini untuk belajar membuat kek atau produk-produk berasaskan bakery. Engan mengikuti kelas-kelas yang dijalankan beliau kini sudah pandai menggunakan Microsoft Word, Excel, Power Point dan kini pandai melayari intenet.

Selain daripada mengikuti kelas ICT, dia juga sering menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PI1M Kg. Balung Cocos dan di antaranya adalah program hari terbuka Pi1M, Program Zumba dan program keusahawanan membuat kek yang dijalankan pada bulan oktober yang lalu. Diharapkan Pn. Norpaisah dapat berkongsikan ilmunya kepada rakan-rakan suri rumah yang lain dan  sentiasa maju ke hadapan seiring dengan peredaran zaman.