Kisah Kejayaan Usahawan November

25 November 2016 | Kisah Kejayaan

Kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Balung Cocos telah memberikan banyak manfaat terutamanya kepada komuniti setempat kerana ianya dapat meningkatkan kesedaran masyarakat di sekitar tentang kehadiran PI1M serta tujuan dan fungsinya. Kisah kejayaan Pusat Internet Pi1M Balung Cocos dapat dilihat menerusi perubahan gaya hidup masyarakat di sekitar Balung Cocos terutamanya dari segi kebudayaan, ekonomi dan sosial.

Kisah kejayaan ini dapat dilihat menerusi saudara En Shobirin Bin Adon yang merupakan seorang usahawan yang berasal dari Kg. Balung Cocos. Beliau menjalankan perniagaan menjual burger bakar atau lebih dikenali sebagai “Lil Burger Bakar” sejak bulan Ogos yang lalu.Beliau menjalankan perniagaan ini kerana permintaan tinggi terhadap burger bakar sangat tinggi bukan sahaja di kawasan balung tetapi juga di kawasan Tawau. Hal ini disebabkan belum ada lagi penjualan atau produk burger bakar di kawasan Tawau dan menjadikan produk yang dimajukannya ini mendapat permintaan ramai. Dengan menggunakan facebook dan whatsapp sebagai medium perantaraan, beliau dengan mudah dapat mempromosikan produknya ke seluruh Tawau terutamanya.

Beliau menjual pelbagai jenis burger bakar seperti burger bakar payau, burger bakar kambing dan ayam dan pelbagai la. Keistemewaan produk beliau ialah, beliau membuat sendiri bahan-bahan untuk produknya dari roti ke burger itu sendiri dan ini menjadikan produknya sangat untk dan istimewa. Selain menjual burger bakar, beliau juga sering mempromosikan masakan suku kaum Cocos di mana beliau juga menjual produk berasaskan suku kaum Cocos iaitu, ayam rasul dan ayam begana yang mana makanan ini adalah makanan tradisi kaum tersebut.

Oleh itu, diharapkan ramai lagi usahawan akan mencontohi beliau sebagai untuk menjadi usahawan atau memulakan sesebuah perusahaan. Diharapkan juga perniagaan beliau akan semakin berkembang nda berjaya.