Kisah Kejayaan Usahawan November

25 November 2016 | Kisah Kejayaan

Untuk kisah kejayaan pada kali ini, PI1M Kg. Balung Cocos mengetengahkan seorang lagi usahawan wanita iaitu Pn Saadiah Binti Tuing. Puan Saadiah merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan produk berasaskan makanan ringan iaitu kerepek pisang dan kerepek ubi sambal masin dan manis, serta muruku. Selain itu, beliau kini telah menambah lagi produknya iaitu karipap sejuk beku. Permintaan terhadap produknya ini sangat tinggi terutamanya ketika musim perayaan.

Beliau mula menjual karipap sejuk beku ini pada bulan ogos yang lalu kerana mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan penduduk setempat Kg. Balung Cocos. Disebabkan karipap sejuk bekunya sangat sedap murah dan unik, permintaan terhadap produknya mendapat sambutan yang tinggi. Beliau membuat sendiri karipap tersebut dan berlokasi di Kg. Balung Cocos. Dengan menggunakan facebook dan whatsapp sebagai medium perantaraan, beliau dengan mudah dapat mempromosikan produknya iaitu karipap sejuk beku di kawasan balung terutamanya. Diharapkan beliau akan terus menambahkan lagi idea-idea untuk mempelbagaikan produknya pada masa akan datang.