GOOGLE TREASURE HUNT

29 November 2016 | Berita Terkini

Pada 26 November 2016 yang lalu PI1M Kg Balung Cocos telah menjalankan pertandingan “Google Treasure Hunt” sempena dengan cuti sekolah yang menjelang tiba. Pi1M Kg. Balung Cocos telah mengambil inisiatif ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat serta mengelakkan gejala2 gejala sosial.

Selain itu, tujuan utama pertandingan “Google Treasure Hunt” ini dijalankan adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman dan pengetahuan para pengguna PI1M terutamanya para pelajar sekolah mengaplikasikan apa yang dipelajari oleh mereka menerusi kelas-kelas ICT yang telah dijalankan seperti menggunakan Microsoft Office Word dan enjin carian Google di samping hadiah-hadiah yang menarik di sediakan oleh pihak Pi1M. Aktiviti yang dijalankan ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang dan disertai oleh 15 orang pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Disamping aktiviti “Google Treasure Hunt” ini Pi1M juga menjalankan program advokasi iaitu Klik dengan Bijak dan E-Waste bertujuah untuk memberi kesedaran kepada para pengguna internet cara-cara melayari internet dengan selamat.

Oleh itu, diharapkan program-program yang di jalankan oleh Pi1M Kg Balung Cocos ini mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada para pengguna Pi1M. Selain itu, diharapkan apa yang dipelajari oleh mereka dapat di aplikasikan di dalam kehidupan harian.