Program Kraftangan Usahawan Cilik

30 November 2016 | Berita Terkini

   

Pada 29 November 2016 yang lalu, PI1M daerah Tawau menjalankan program Keusahawanan Kraftangan (Bunga Telur) yang bertempat di PI1M Kg Pasir Putih tawau. Program ini dijalankan bertujuan untuk melatih ahli Pi1M lebih bersifat usahawan dalam mempelbagaikan kelas yang di ajar di Pi1M. Selain itu, Program ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli Pi1M semasa cuti sekolah telah bermula.

         Seawal pukul 8.00 sehingga 9.00 pagi segmen Klik Dengan Bijak telah dijalankan hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang tangungjawab, waspada serta keselamatan dalam penggunaan internet. Terdapat beberapa panduan keselamatan melayari internet yang didedahkan oleh pihak pengurusan. Tamat sahaja segmen Klik Dengan Bijak program tersebut diteruskan lagi dengan Program Keusahawanan Kraftangan untuk menghasilkan bunga telur.

         Program keusahawanan Kraftangan (Bunga telur) yang bermula seawal pukul 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran bagi ahli yang ingin mengikuti program tersebut. Seramai 25 ahli yang telah berdaftar mengikuti program tersebut dan peserta yang mengikuti program tersebut diberikan masa untuk membuat rujukan cara-cara menghasilkan bunga telur melalui enjin carian google dan melalui tontonan Youtube. Program keusahawanan kraftangan untuk bunga telur yang adalah dengan menggunakan kain felt kerana sangat mudah untuk di buat oleh peserta.

         Program diteruskan lagi dengan mengagihkan barangan untuk membuat bunga telur kepada para peserta yang telah siap membuat lakaran awal untuk dilukis pada kain felt tersebut.Selepas itu, pihak pengurusan menunjukkan contoh-contoh untuk menghasilkan bunga telur kepada para peserta dan mereka akan membuat sendiri mengikut cita rasa masing-masing.Program tersebut mengambil masa selama beberapa jam dan selepas sahaja para peserta siap menghasilkan bunga telur dan dihantar kepada pengurusan untuk membuat penilain pemenang yang menghasilkan bunga telur terbaik. Acara kemuncak program tersebut adalah dengan pemberian hadiah kepada pemenang iaitu 3 tempat terbaik dalam menghasilkan bunga telur serta 3 tempat pemberian saguhati dan program berakhir sekitar pukul 5.00 petang.