Usahawan Disember 2016 : En Azmie Nekyu

17 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Pada bulan Disember 2016 ini, PI1M Kg. Balung Cocos mengetengahkan seorang lagi usahawan iaitu En Azmie Nekyu yang menjalankan penyewaan kanopi untuk majlis-majlis perkahwinan, akikah, kenduri dan sebagainya. Beliau menjalankan perniagaan ini sejak 3 tahun yang lalu kerana mendapat permintaan daripada penduduk Kg. Balung Cocos terutamanya yang sering menjalankan pelbagai aktiviti kenduri-kendara. Dengan perkhidmatan kanopi ini memudahkan penduduk setempat untuk menyewa daripada beliau kerana cepat dan mudah dihubungi disamping perkhidmatan yang diberikan sangat baik dan memuaskan. Diharapkan perniagaan beliau akan bertambah maju dari masa ke semasa. Untuk mendapatkan perkhidmatan beliau terutamanya di kawasan Balung dan Tawau boleh la menghubungi beliau seperti berikut No. HP : 012-8690585 / Whatsapp